Menonton Sang Kancil dan Gergasi.
Lebih dua puluh tahun lepas, selesai saya berlakon dalam teater ‘Wayangan Sita’ bersama-sama Nurzailani Nuzi, Fauziah Mat, Zahari Hamzah, Saufi Mohd Nor dan beberapa teman yang lain di Gelangang Seni, Kota Bharu – saya ternampak ayah saya sedang berdiri menyaksikan anaknya. Dan tiga hari lepas di Taman Budaya Kuala Lumpur, saya hadir menonton lakonan Adib dalam drama Sang Kancil dan Gergasi. Saya menunggu satu jam, dan menyaksikan persembahan yang ½ jam sahaja. Lama tak menonton teater kanak-kanak, kerana teater kanak-kanak jarang dipersembahkan. Masalah paling utama, tentunya kerana tak ada skrip yang baik.
Ke Alor Setar dan ke Kuantan.
Julai ini agak sibuk juga rupa-rupanya. Tiga malam di Holiday Villa, Alor Setar dari 7 sampai 10 dan kembali ke KL. Dua malam di Vistana, Kuantan dari 16 sampai 18 Julai. Ke Alor Setar saya tak memandu, tetapi di sana diberikan pemandu. Di Kuantan saya memandu bersama dua sahabat saya, SM Zakir dan Hanafi Ibrahim. Kedua-dua tempat itu saya dilantik sebagai panel. Posisi yang selalunya saya cuba menolak. Mengadili persembahan orang lain dengan mood dan taste kita sendiri. Dan biasanya kita bersamaan dan adakalanya tidak bersamaan. Dan keputusannya biasanya memuaskan yang menang dan tidak memuaskan yang kalah.
Aku bukan penjual dan membeli mimpi
Sudahlah. Aku tak perlukan sebarang provokasi. Sewaktu senyumku kau pijak di dalam Pekan Buku, Univeristi Malaya tengah hari itu, aku tidak kisah. Aku, engkau dan buku – siapakah yang akan terpadam. Terpulanglah kepada sejarah. Aku tak kisah pun kau pergi ke Iowa? 100 kali pergi balik ke Iowa pun aku tak kisah kalau tak ada sebuah buku. “Spirit of Wood?” Tak kutemui pun “spirit” yang ketemui hanya “wood”. Atau memang kau kayu? Kau akan menang SEA Write? Kau ambillah. Atau kalau nak sangat Sasterawan Negara, nanti aku tolong calonkan engkau. “Berapa puisi yang kau tulis?” Soalan yang tidak sepatutnya kau tanyakan kepada aku? Aku bukan penjual dan pembeli mimpi. SM Zakir dan Lutfi tentu tahu, bagaimana aku memadam-madamkan sejarah.
8 comments:
Masih dok padam sejarah lagi ka? Keh keh.
ambo dak pehe ceghito demo yang akhir tu. sapo pulok yang pijak senyum demo.
sasterawan dah tergores hatinya diluahkan secara sastera juga. susahnya nak pehe.
Syabas kerna kadang-kadang perlu kita terajang manusia kurang ajar dengan penendang pena.Cuma jangan padamkan sejarah itu kerana ada yang ingin kenal busuk daging dan limpa,paling tidak dapat bantu lontarkan ketulan-ketulannya untuk diratah anjing di Selat Melaka.
Betapa aku dapat bayangkan sahabat aku dengan kerdut dahi dan luah puas dan buah keras di mulut apabila beraksi marah.
Lut, Tuan Saleeh, dan Senibayan -
sebenarnya itu petikan dialog dalam drama terbaru yang sedang ditulis skripnya.
La...ni yang Kak Janet saye kat mu tu. Apa pun kalau betul ada orang yang cederakan hatimu, masih ada orang lain yang tumpang terluka.
Syeikh Dalang,
Inilah yang P. Ramlee sebut "cubaaan, Cubaan, cubaan"
Payoh2 demo kelik ke "Kembali ke Kampung Tradisi ii" hambo.
err kalau tak takcukup pelakon nanti bagi taulah. kami pakat ramai-ramai nak berlakon: aku, sudin, zakir, amir, lutfi, arif, luqman, dan sorang lagi shahrunizam (doa tak payah pakai dialog).
tapi nak berlakon pakai singlet je. amacam...dan ada pelakon gender lain juga untuk tiap seorang. macam tok dalang hari tu.
ok, sheikh ambo cup nak berlakon dengan pelakon dalang hari tu, hok namo syikin tu. Saing-saing lain semua doh setuju nak bagi ambo berlakon dengan Syikin, betul tak kawan2. Ambo pakai baju la, sebab kalu tak pakai baju perut nampok serupo Pak Dogol.
Hok padam tu, padam jange tak padam. Sebelum orang memadamkan kita, kita padam dulu diaorang (ubahsuai daripada falsafah Amirudin)
Post a Comment