Thursday, May 28, 2009

Kosong

Aku berhenti menulis beberapa hari kerana yang kurenung - kupandang, kubaca, dan yang kulihat semuanya kosong. Tak ada huruf, tak ada aksara. Tak berwajah pun. Hanya deru angin yang menerjah dari empat penjuru mata angin. Akhirnya, kosong dan diam lebih bermakna daripada menuliskan apa-apa yang tidak ingin tertulis. Zakir dah berhenti menjadi ahli falsafah setelah dibunuhnya Nietsche. Sekarang Lut sedang mengisi tempatnya berterbangan di awan putih. Aku pun tak pasti siapa yang telah memberinya sayap. Sayap Ali Syariati atau Naguib Al-Attas. Yang pasti dia pemburu. Aku nampak dia dalam kosongku sedang berterbangan. Dan aku mencari-cari Saiful, dia tersandar di tiang agung, menyapu-nyapu kaca matanya yang berwap.

Dalam kekosongan itu, terdengar laungan dari ruang kosong, “Berhentilah menjadi orang!” Aku beristighfar.

17 comments:

ekspresi said...

aku pun nak merajuk...
kusembunyikan engakau...dalam...

Unknown said...

Tuan, kosong itu juga adalah satu ruang, wujud juga aksara kosong - 0. Kita datang tangan kosong, balik pun tangan kosong juga. Kosong Tuan kosong berilmu...saya tahu itu.

Sham al-Johori said...

tuan syeikh,
dlm kosong ada sifar; dlm sifar ada sifat; dlm sifat ada makrifat; dlm makrifat ada Allah.
Maknannya tiada yang kosong di dunia ini. yg ada hanya kekosongan yang disebut oleh al-hallaj sebagai kesepian duniawi sahaja.

oleh itu, mari kita petik bunga di taman yg indah ketika lut bersayap mengejar mimpi, zakir bersuluk dalam anganan dan saiful mencari rindu yang hilang.
Takbir....

Farmilla Hamdi said...

Jangan jadi orang tapi jadi insan...

Luqman Hakim QA said...

0

Luqman Hakim QA said...

Apa lagi yang tidak menyenangkan hati tuan, yang teramat.

lutfi said...

Salah tu. Sm Zakir memang dah berhenti jadi ahli falsafah. Tetapi dia masih menjadi pemburu dan belum bersedia menggugurkan title pemburunya.
Keh keh.

D'Rimba said...

kekosongan penuh kemanfaatan

saleeh rahamad said...

eloklah kita tukar saja bidang dan perburuan. sesekali bertukar padang perburuan memang mengujakan. banyak kijang berkaki emas yang sedang bersembunyi di balik rumput baldu.
tak payah falsafah, tak payah seni, tak payah sastera. tak segalanya. mari kita jadi pemburu dalam kekosongan.
huhuk itu pun falsafah kut. Falsafah, falsafah, kata Tompel.

lutfi said...

Pak Saleeh.
Itu postmodern tu, keh keh.

Luqman Hakim QA said...

postmodern untuk jiwa yang binasa

Hasmora said...

kosongkanlah ruang dalam diri
andai terlimpah duniawi
kosongkanlah kemanusiaan
jika tiada di dalamnya Tuhan.

Tuan, kadang-kadang perlu kosong
supaya ada ruang untuk di isi

^_^

edolah said...

tuan syeikh,
masih lagi ada sufi dalam diri?

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Saudara Rahimidin,
Tinggi sungguh maqammu, Tak terjangkau. :)

said...

saya cuma tersenyum sahaja bila en ariff cakap:

'kusembunyikan engkau..'

;)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam tuan rumah,

kunjungan dan membacai ...

S.M. Zakir said...

pening pala be, mari gi jale2 jakarta ko, solo, jogja, bangkok, phnom penh pun buleh.

Mari kita pakat gi laos pulak. nietszce, kant, barthes semua doh situ. ibnu batuttah pun doh gi. kita jah tok gi. bule 11 ni boleh kut?

baru tau sapa buru sapa, yang pasti ada saing senyap2 ile..