Siri Wawancara
Apabila dianggap sebagai penyair, konon-kononnya, saya kerapkali menerima panggilan mahasiswa universiti awam tempatan, sama ada yang buat BA, MA, mahupun PhD. Biasanya dengan apologi dan maaf mereka kerana masa yang terhad tetapi penting ingin menemui. Ada yang dengan teriak tangis pun. Dan saya selalunya jarang menghampakan para mahasiawa ini. Ada yang datang menemui saya di pejabat, ada yang nak jumpa kat DBP, kat Pena, kat warung bucu DBP, kedai mamak, di KLCC dan macam-macam tempat. Ada yang meminjamkan buku-buku saya dan tidak mengembalikannya, dan tidak mengangkat telefon saya. Sms saya supaya dipulangkan kembali bahan-bahan yang dipinjam juga tidak berjawab. Bahkan, ada yang datang untuk menemuramah saya, tetapi tidak pernah sebuah pun buku puisi saya dibacanya.
1 comment:
tuan salik,
barangkali ketika tuan sedang ditemuramah itu, boleh juga tuan anjurkan temumarah kepada mereka terlebih dahulu.
Post a Comment