Thursday, April 2, 2009

Puisi dan Saya

Keseluruhan puisi saya adalah mewakili diri saya. Segala apa yang saya suka, saya marah, saya benci, saya sayang dan apa-apa yang berkaitan dengan perasaan, penglihatan dan renungan semuanya bermula dari dalam diri saya sebagai penyair.
Jadi puisi saya adalah saya.

Aku tak mahu terhutang darah

Satu Jumaat kami minum di Ampang Point. Kami tak lama kenal, tetapi cepat akrab. Sebelum ini saya minum dengannya dan beberapa kawan yang lain. Dan sudah tentu, saya tidak banyak bercakap, tetapi lebih banyak mendengar. Sahabat saya ini tak pernah minum sepanjang kami minum, kecuali meneguk botol mineral yang dibawanya. Dan hari itu di jelaskan kenapa dia tak pernah minum.

“Kau pernah tengok aku minum bersama kawan-kawan yang lain?”
“Tak. Saya nampak abang bawa botol mineral.”
“Kau tahu, kenapa?”
“Tak.”


“Aku tak mahu terhutang darah. Bila aku minum atau makan belanjanya, aku terhutang darah. Dan aku tidak mungkin menegur dan menyebut akan kelemahannya. Hari ini aku minum sebab kau yang belanja.” Saya diam mengangguk. Kepada semua kawan-kawan jauh dan dekatku, halalkanlah segala makan minum yang pernah tuan puan belanjakan sebelum ini – dunia dan akhirat. Amin.

RM1.50 yang menganggu


Bulan lepas saya beli suratkhbar di tepi sebuah restoran. Bayar, ambil, bayar dan belah. Bila sampai ke tempat yang dituju, rupa-rupanya saya terambil 2 akhbar yang sama. Jadi terhutanglah saya RM1.50. hutang itu berhari-hari menggangu saya. Dan pagi tadi saya selesaikan hutang tersebut dengan membeli selembar akhbar baru, tetapi membayarnya dengan harga RM3.00.
“1.50 sen ni hutang saya, saya bayar kerana terambil dua surat khabar anda bulan lepas,” kata saya.
“You baik. Ada ramai orang datang makan sini, wang tak dak. Kalau you tak bayar pun, I tak tahu.”
“Betul. Tetapi Allah saya tahu.” Dia terdiam. Dan saya tinggalkan kaunter restoran India dekat Sentul dengan lega kerana telah lesaikan 1.50 itu.

5 comments:

benuasuluk said...

betul-betul dah sampai ke takah sufi.

Sham al-Johori said...

fuhh,
tiba-tiba saya terseret jauh ke dalam sajak tuan bertajuk 'mawar sukma'.

SATIRA + KACAU said...

Sdr RZ: Sejak dulu lagi aku tahu kau memang bertaraf sufi. Cuma jangan sampai tergoda dek terlalu banyak puji sudahlah.

Satira+Kacau

Melihat Kesunyataan said...

Rahimidin,
Saya ada seorang kawan. Tak perlulah sebut namanya. Suatu hari dia tersondol sebuah kereta di tempat letak kereta. Dia pun tunggu tuan kereta itu hampir satu jam kerana rasa bersalah. Ramai orang yang datang menasihatkannya agar tinggalkan saja, bukannya tuan kereta itu tahu siapa yang langgar keretanya. Tapi dia tetap tunggu. Kerana lama sangat, dia masuk ke shoping kompleks ke bahagian pengumuman minta tuan punya kereta sekian-sekian nombor untuk berjumpa. Tak juga keluar. Akhirnya dia tinggalkan kad nama kepada pegawai keselamatan yang bertugas. Tolong berikan kepada tuan punya kereta tersebut. Memang tuan punya kereta itu menghubunginya dan dia berjanji akan membayar kerugian tersebut. Banyak juga dia kena bayar, iaitu lebih kurang RM900. Dia tetap membayarnya kerana berasa bertanggungjawab. Memang dia boleh lari sahaja ketika itu kerana tuan punya kereta tidak ada. Tapi sejauh mana dia boleh lari dari kesalahan yang akan menghantuinya seumur hidup.

Rahimidin Z said...

Benuasuluk,
usahlah dilambung-lambung, nanti jatuh selebut.

Sham al-Johori,
jauh ke dalam atau jauh ke luar?

Satira + Kacau,
TK, insyaAllah tidak.

Melihat Kesunyataan,
moga-moga ia menjadi iktibar untuk diri saya.