Pengkhianat Itu Kembali Lagi
Apa nak kata dah kerana pengkhianat itu telah kembali lagi. Pengkhianat itu ditakdirkan Tuhan bermukim di kampung kami beberapa tahun yang lalu. Kemudian dia berpindah, tak lama sekitar setahun. Kini pengkhianat itu kembali lagi ke kampung kami. Banyaklah hal yang dikhianatinya di kampung kami. Kampung kami, kampung kecil, tetapi pengkhianat itu telah lebih mengecilkannya. Ditukarkan nama sekolah di kampung kami menjadi sekolah yang beraurakan namanya. Dinobatkan tokoh-tokoh di kampung kami yang tak sepatutnya mendapat gelar, tetapi diberikannya juga. Selama setahun ketiadaannya di kampung kami, khabarnya dia telah menjual sebuah pulau milik kami. Apa nak kata dah, pengkhianat itu telah kembali lagi. Moga-moga Allah SWT selamatkan kami, warga yang tidak berupaya.
9 comments:
Tuan hamba yang bijak bersatira,
Syahdan, ada juga hamba dari jauh mendengar akan kisahnya menjual dan mengadai pulau dengan amat liciknya. Makanya pulau itu adalah tanah sekangkang kera jua itu adalah tanah hamba.
Kembalinya pengkhianat itu ke tanah tuan hamba tidak samalah dengan istilah sirih pulang ke gagang. Dia seharusnya pulang ke tanah hujung nafas. tetapi begitulah apabila yang menjadi kepalanya adalah sang ular makanya semua itu akan dibelit sekuat-kuatnya.
Mungkin tuan hamba dan hamba perlu meneruskan kisah-kisah di balik panggung dan layar.
pengkhianat begapo takut bini?
hak ptuih tuih.
Salam.
Marah benar nampaknya, keh keh..
Syeikh Sham,
kita pulangkan pada waktu.
Tuan Ridzuan,
tak takut, sayang tu.
Tuan Lutfi,
tak marah, kalau marah tentu dicarut-carut. ini paling berhemah ni.
Oh... Mendalam betul Bang
hidup ini dugaan Maha Pencipta buat hambaNya, siapa kalangan hamba boleh mengerjakan amalan terbaik -mafhum srh al-mulk:2.
tiba pengkhinat membawa duga
kita akan sentiasa diduga
hadapi dgn reda taqwa dan waspada!
kunjung saya juga di:
http://keroncongdariana.blogspot.com
khusus sastera/sajak.
Ibn Ali,
teruskan perjuangan!
Dariana,
terima kasih dan selalu kunjungi.
Merak hitam warnanya suram
Terkena cahaya meriahlah sinarnya
Merak mengigau waktu malam
Dah naik pentas kembanglah pungkoknya!
Post a Comment