Wednesday, April 15, 2009

Main Pondok-Pondok

Setiap kali kembali ke kampung halaman, saya seperti kembali ke masa kecil saya. Isam Kak Nik Nab, Jeman Alik Baruh, Ajip Pekak Badak, Seli Sepera, Matye Pakya, Nasir Pakda Him, Matnor Butir Nako, Mail Wak Lah, Yudin Pak Mat, Sehimi Kelubi dan macam-macam gelaran yang kami ada. Terjun sungai, bidas burung, jebak puyuh, racip tekukur, timba baruh, tengok wayang kulit, dan macam-macamlah yang kami; budak-budak buat. Kami tak dok tv dan panggung wayang gambar. Itu dulu-dululah. Tapi sekarang dah lain dah. Lain sangat. Apabila balik ke kampung setiap dua minggu sekali, saya duduklah di depan tv. Kali ini saya menonton orang-orang sedang ‘Main Pondok-Pondok’ kat tv di rumah ayah saya. Saya kembali ke masa lampau saya, zaman budak-budak. Ajip Pekak Badak kami lantik jadi Tok Ketua. Yudin Pak Mat jadi Penolong Ketua. Isam Kak Nik Nab yang mulut rabit teradak keris jadi Ketua Pengawal Kampung, Sehimi Kelubi, Jeman Alik Baruh, Matye Pakya dan lain-lainnya semua ada pangkat. Seronok juga rupa-rupanya apabila melihat orang ‘Main Pondok-Pondok’. Saya terkejut, bila anak saudara saya, Ikmal yang Darjah 3 itu panggil, “Ayah Ngah, Tuk Wan tunggu jadi imam Solat Maghrib!” “Ikmal, tadi siapa yang main pondok-pondok?” Dia terpinga-pinga dengan soalan saya. Dan anak saudara saya itu tentunya tak faham. Dan tak akan faham.

5 comments:

azmi alkelantani said...

dalam usia kecil kita seolah tiada apa yang difikirkan hanya cuma keseronokan semata. keindahan suasana yang abe cuba gambarkan mengingatkan saya pada zaman lampau saya....kini keriuhan dulu semakin kurang kerana biarpun perubahan zaman dalam era kemajuan, kampung saya masih kekal dalam suasana kampung...

Rahimidin Z said...

Sdr. Azmi,
terima kasih. akan lebih bermakna sekiranya sdr. melihat pada makna di lapis yang kedua.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Biarkan mereka main pondok-pondok, kerana mereka memilih untuk menjadi sekawan tikus mondok.
Masa akan menentukan mereka terus bermain atau permainan itu akan diberhentikan.

Teringat zaman anak-anak bermain pondok-pondok dengan kak cik di bawah bulan yang terang.

D'Rimba said...

Salam saudara pejuang bahasa banyak hasilkan sajak bermanfaat seperti Mantera Anak Wawasan kalau tak silap saya, silalah juga jenguk ke blog saya sudikan kerana ada kenangan video sentuhan saudara saya abadikan di sana. Kenangan itu amatlah manis sekali hingga saudara ada mengatakan ada nada Zailani sikit......Sesungguhnya saya amat mengagumi Zailani dalam bidang deklamasi dan pernah menyaksikan kehebatannya berdeklamasi khalayak mudah meresap dalam hati setiap kata yang dihayatinya sepenuh hati.

kakchik said...

larut dalam nostalgia ya setiap kali balik ke akar umbi...