Monday, January 19, 2009

Jelek

Seorang sahabat jauh saya yang telah bergelar datuk. Sejak di sekolah menengah saya mengikutinya. Dia gemar sekali beretorika. Bahkan 24 jam dalam hidupnya penuh dengan retorik. Maklumlah dia pelakon dan penulis skrip pentas. Kawan-kawan sebaya saya amat memujakannya. Hebat. Luar biasa pemikirannya. Tapi, anehnya saya tidak. Satu petang saya minum di Jalan Chantek, seorang kawan saya yang bergelar datuk juga memberi komen tentang kawannya itu. Katanya, “ah, dia itu kalau dalam bahasa Jawa halusnya, jelek!” Dan saya betul-betul faham.

Macam Pandai

Dia berdiri di podium memulakan percakapannya. Dan dia bercakap macam pandai sangat sehingga saya berada di alam nyata atau alam kayangan. Saya berterbangan di ruang udara bercakap-cakap dengan Ibsen, Chekov, dan Pinter. Wajahnya hampir padam di podium. Dia macam pandai, tetapi saya tak tahu apakah dia tahu bahawa dirinya tak tahu tentang apa yang dicakapkannya itu. Kesiannya saya pada dia kerana tidak pernah menganggap orang yang di hadapannya tidak tahu apa-apa yang diucapnya. Saya percaya dia tak tahu, bahawa di ruang itu ramai yang lebih tahu daripada dirinya sendiri.

5 comments:

said...

wah..ni mendalam.
tiba-tiba saya rasa tulisan abg im seolah 'black comedy'.

MARSLI N.O said...

Sdr RZ: Baguslah. Sydah bijak bersatira sekarang. Ha. Ha. Ha.

Rahimidin Z said...

Salam,
Sayap Janna'im, black comedy - itulah yang melintas di depan saya.

Sdr. Marsli, saya belajar daripada sdr.

benuasuluk said...

abe im,
dua-dua cerita macam tu selalu kita jumpa di mana-mana; seperti semalam, kan? Dan anehnya mereka rata-ratanya sarjana; kita tidak.

Rahimidin Z said...

Benuasuluk,
itu namanya sarjana taik kucing.