Friday, August 8, 2008

Perempuan, Isteri….Puisi, dan Lukisan

Selepas waktu pejabat satu petang, saya berkunjung ke pejabat sahabat saya, Uwei Haji Saari. Wah terkejut saya. Koleksi lukisan, arca, buku, cd/dvdnya luar biasa banyak.

“Lukisan aku itu baru 1/3. 2/3 lagi kat lain.”

Rupanya Uwei banyak memiliki masterpiece karya pelukis dan arcawan ternama. Saya fikir banyak koleksinya lebih baik dari BSLN. Kami turun minum.

“Siapa yang pernah tengok koleksi abang?”

“Kalangan pelakon hanya Eman dan Wak. Lain-lain aku tak pernah bawa.”

“O.”

“Celaka kau Din. Malam tadi aku baca buku kau. Siapa Liza dalam sajak kau, Din?”

“Isteri saya bang.”

Selepas solat maghrib di pejabatnya, saya mohon pulang. Uwei hadiahkan sebuah karya cetak oleh Zuli.

Memori Seorang Guru

Sewaktu memandu dari Batu Muda ke Hospital Kuala Lumpur, saya hairan apabila isteri saya terisak.

“Apa halnya ni?”

“Kawan awak, Ustaz Azizi kenapa dia buat Midun dan Sakinah macam tu. Saya juga cikgu…tak pernah jumpa cikgu yang macam tu..”

Saya tergelak.

“Jangan samakan realiti kehidupan sebenar dengan karya sastera. Ustaz Azizi Haji Abdullah tu novelis, sasterawan. Ceritanya telah berjaya dan menyentuh hati awak..”

I, juga cikgu yang…tak pernah buat pelajar I macam tu..”

“Itu baru separuh baca, dah menangis. Nak habiskan satu novel tu, you akan menangis berkali-kali lagi.”

Tentang Entri Beristeri Dua

Ha.Ha. Saya menerima beberapa sms, yang lebih kurang maksudnya, “apakah kau dalam proses beristeri dua?” Itu hanya catatan yang tak ada kena mengena dengan diri saya. Cuma anekdot yang berlaku di sekitar saya. Saya hanya ada seorang isteri, tetapi memiliki dua nama panggilan. Ada pelajarnya yang memanggil “Cikgu Ros”, dan ada yang memanggil “Cikgu Liza”. Begitu juga dengan panggilan oleh kawan-kawannya, “Ros” atau “Liza”. Dua nama panggilan itu sebenarnya untuk orang yang sama. Beruntungnya saya kerana ada satu isteri yang memiliki dua nama panggilan.

Bahasa Melayu

Suatu petang beberapa hari lepas, kami minum di Kedai Makan Raju, Jalan Cantek dekat PJ. Ketika kami (saya dan Sutung Umar RS) sampai, Datuk A. Kadir Jasin sedang membawa respon di dalam blognya. Dia menyatakan ramai yang berkunjung ke blognya yang tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik, bahkan bahasa Inggeris mereka sebenarnya lebih baik. Kami disertakan oleh Malek Munip (bekas pensyarah Sejarah UM dan bekas MP). Percakapannya panjang dari ekonomi, politik tanah air yang meruncing, lukisan, sastera dan longkang di tepi kami yang mulai memberikan bau tak enaknya. Saya tak banyak bertanya, dan hanya ingin menjadi pendengar.

11 comments:

benuasuluk said...

Salam,
tuan sekarang memilih jumaat sajakah untuk update blog?
Kita pun tak sabar nak tunggu tahun depan, untuk isteri bercakap, "I pun cikgu juga, yang..."

mohamad kholid said...

salam,
cerita fasal kahwin dua memang menarik

Anonymous said...

Salam,

saya baru jugak baca Memoir Seorang Guru. Saya fikir diadaptasi ke drama tv sempena Hari Guru bagus jugak ni. Tapi itu baru merewang-rewang dalam perkiraan ...

Rahimidin Z said...

benuasuluk,
tak sedang malas.

mohamadkholid,
tuan ada hajat ke?

lenny erwan,
bagus, saya menunggunya.

Indah Hairani said...

salam,
Tuan pertemuan di Simposium Gamelan sedunia...kali ke dua, kali pertama program anjuran DBP dan GAPENA...wah! harap ianya bukan pertemuan terakhir..Saya ingin banyak belajar menggarap puisi dari tuan..salam puisi.

Shah said...

memoir seorang guru..
cerita tuan macam seronok saja novel tu
kena cuba beli ni :)

Ki Kiey said...

anda bercita2 ke arah itu juga kah?

Rahimidin Z said...

salam,
indah hairani
terima kasih kerana singgah dan maaf lambat responnya.

shahkang,
novel tu anda kena baca.

kikiey,
belum terfikir. harapnya tidak.

Ki Kiey said...

bile nk update?

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Sdr,
mungkin dalam kalangan artis hanya Eman dan Wak yang pernah melihat koleksi lukisan U-Wei.
Dalam kalangan orang seni Sdr beruntung.
Dalam kalangan rakyat marhaen pula, saya rasa beruntung juga kerana U-Wei pernah izinkan saya melihat koleksinya.
Wow! Cantik sungguh bingkai-bingkai lukisannya... Maaf, itu saja yang tau saya nilai..

Rahimidin Z said...

Kikiey,
dah update dah.

Cikgu Mohd.Shah,
tahniah. Jom pegi UUM meraikan Tuan Dinsman dianuegarahkan Sarjana Persuratan 18 Oktober nanti.