Friday, August 1, 2008

Buku Saya Sepanjang Julai

Saya mengumpulkan 27 buah sepanjang bulan Julai. Tak semua buku-buku ini saya beli, kerana ada sebahagiannya hadiah daripada kawan-kawan. Antara hadiah kawan-kawan, Haji Shamsudin Othman memberikan saya empat buah buku: Jenjang-jenjang Sufisme oleh Syeikh Fadhalalla (Pustaka Pelajar:2000), Fenemone Gapena (Gapena:2008), Luka Tunggal oleh Aljandra Pizarnik (2005) dan Menggeledah Nurani oleh Fahd Razy (2008). Amir Utusan menghadiahkan Abdullah Ariff Seratus Tahun (BSLN:2007?), Jusoh Majid, Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Dunia: Satu Pertembungan (2007), Togari Yasuko menghadiahkan Dimensions of Shadow Play (2006), Dr. Ibrahim Ghaffar memberikan antologi puisi terbarunya Kembali Dari Dalam Diri (Wak: 2008), Amin Sweeney menghadiahkan dua bukunya Karya-karya Lengkap Abdullah Munsyi Jilid II: Puisi dan Ceretera (2006) dan Karya-karya Lengkap Abdullah Munsyi Jilid III: Hikayat Abdullah (2008). Juga terdapat dua kumpulan puisi Latif Kamaluddin Jembalang Jiwa (2006) dan Bed Breath (2002).

Manakala buku yang saya beli, Weltanchauung Sebuah Perjalanan oleh Shahnon Ahmad (DBP:2008), empat jilid Mengakar Ke Bumi Menggapai Ke Langit oleh Taufiq Ismail (Horison:2008) berharga 500.00. – Kalau beli di Jakarta pun harganya sekitar RM350, kena usung ke air port, kena timbang lagi kat air port, lalu beli saja di KL. Tunjuk Ajar Melayu oleh Tenas Effendy (2006) edisi kulit keras, Mamanda oleh Hermansyah (2007), Perahu Melayu oleh Johar Buang (2005), To’ Janggut- Legend Hostories and Perceptions (NUS: 2006) oleh Cheah Boon Kheng (Tahun lepas harganya 126.00 saya beberapa angkat dan letak. Kini saya belinya dengan harga 40.00). Tuhan dan Hal-hal yang Tak Selesai (2007) oleh Goenawan Mohamad, Rasuah (DBP:2002) oleh Syed Hussein Alatas, dan Budaya dan Imperialisme (ITNM:2008) oleh Edward W. Said.

Nilai belian buku saya sepanjang julai RM842.95.

Buku-Buku Langka

Saya tak sedar, rupa-rupanya saya memiliki banyak juga buku-buku langka yang tidak terjual di pasaran dan telah dicetak lebih lama dari usia saya. Simple Malay Grammar oleh R.O. Winstedt (cetakan tahun 1949) dan Ilmu Mengarang Melayu terkarang oleh Za’ba cetakan aksara jawi 1956. Saya memiliki tiga edisi Ilmu Mengarang Melayu yang berbeza.


5 comments:

Sham al-Johori said...

Wah, tuan syeikh,
Nak tanya sikit, buku 'petua nak berisiteri dua' tu ada tak? atau nak pinjam buku-buku berikut;
1. falsafah ciuman
2. hikayat mona gersang
3. epik si anu-anu yang perkasa
4. dahaga tujuh keturunan
5. sekali teguk; kenyang selamanya.

Cukuplah dulu, nanti ana senaraikan lagi buku yang perlu menjadi rujukan PhD ana.

Selamat ke PD dan mengomdam idea.

Shah said...

salam
nak ucapkan ribuan terima kasih atas ilmu yang diberikan sabtu lalu di PD

:)

Rahimidin Z said...

Sham, heh..heh

IBstudent,
moga ilmu Allah diterus dipanjangkan.

Shah said...

insyaAllah
teringat cara encik persembahkan sedikit intro untuk wayang kulit hari tu
saya minat juga wayang kulit
kat kedah ada satu kumpulan nama Sri Asun, saya rasa mereka pernah ke Istana Budaya buat persembahan

kadang-kadang cuma tiru percakapan mereka berdialek siam itu..menarik..hehe

tgk yang kelantan, kelu sebab tak faham ..heh

ekspresi said...

aku nak tulis buku bertajuk "nak beristeri dua tapi tak dapat" keh keh keh. gurau saja bang.