Tuesday, July 29, 2008

Ciuman

Tentang ciuman ini ada banyak tanggapan. Ciuman kasih sayang berbeza dengan ciuman bernafsu. Kata sahabat saya, ciuman itu satu penghormatan yang tinggi seseorang kepada seseorang yang lain. Nampaknya dalam kehidupan orang Malaysia hari ini, bercium-ciuman bukanlah hal yang luar biasa lagi. Di tempat sunyi mahu pun di tempat awam, orang yang macam Melayu(?) ini sudah tidak segan silu lagi untuk bercium-ciuman. Yahudi yang kita pelihara di dalam rumah kita nampaknya telah berjaya mengajar kita ilmu cium mencium ini. Soalnya, bagaimanakah kalau yang dicium itu bukan muhramnya? Bersalam-salaman bagi yang bukan muhram itu jelas dan nyata haramnya, tentulah bercium itu lebihlah lagi. Teringat saya akan Islam Hadhari.

Petua Berkahwin Dua

Seorang kawan saya, pensyarah di salah sebuah universiti tempatan memberikan petua berkahwin dua selepas makan tengah hari pada satu hari minggu yang entah bila, saya lupa.

“Ada petua ke?” tanya saya.

“Ada.Dan saya telah amalkan.” Tegasnya dengan muka yang serius.

“Iya?”

“Kau nak cuba?”

Saya gelak.

“Mudah saja kawan. Bila kau berada di rumah isteri pertama, kau lupakan isteri kedua. Bahawa yang kedua itu tidak pernah wujud, sakit minum, makan pakainya anggaplah tak ada. Bayar bil, sewa rumah, ke pasar beli sayur biarlah dia pandai-pandai sendiri. Begitulah kalau giliran di rumah yang kedua, anggaplah pula yang pertama tidak ada. Mudah kan?” dengan bersungguh dia menjelaskan kepada saya.

“O..begitu..” kata saya.

“Lagi satu aku nak pesan, kalau pagi minggu berderet-deret dengan bini kau ke pasar tani atau pasar minggu beli sayur, jinjing raga ikan, tak usahlah kau nak beristeri dua.” Nasihatnya pula.

Dan saya, seperti juga sahabat saya Haji Shamsudin Othman tentulah gagal untuk mengamalkan petua kawan pensyarah ini kerana kami apabila hari minggu sama-sama menjinjing raga ikan ke pasar minggu. Tapi tak tahulah pula dengan sahabat kami, SM Zakir?

Beristeri Dua

Saya teringatkan ustaz kawan baik saya yang pernah menasihati kawan baik kami yang berhasrat ingin beristeri dua.

“Kalau kau nak kahwin juga, jangan berfikir dengan 100 kali, tetapi berfikirlah seribu dan beribu-ribu kali. Selepas itu kau buatlah keputusannya. Kerana yang ingin berkahwin itu kau dan bukannya aku.”

Selepas menerima nasihat itu, kawan saya itu teruskan juga hasratnya untuk berkahwin. Tetapi tidak sampai dua bulan dia datang menemui saya.

“Aku telah silap. Isteri kedua aku terdapat 40 kekurangan berbanding dengan isteri pertamaku yang cantik dan amat baik.”

Dan saya diam tak memberikan apa-apa komen.

6 comments:

benuasuluk said...

Waduh, menarik entri ni Pak. Hati-hati pak. Orang bilang bila umur menjelang 40, dugaannya yaa ampunnn!

Sham al-Johori said...

Tuan Syeikh,
Kadang-kadang rasa untuk ke jinjang pelamin kembali kuat bergelora. Tetapi hendak ikutkan nafsu rasanya tak larat sb kekuatan isteri pertama masih hebat dan sukar dicari ganti. hehehe
Menurut yang empunya cerita pula, belum cuba belum tahu. Akhirnya, jom kita ramai-ramai pakat cuba dulu. Manalah tahu untung sabut timbul.

rai said...

Salam bang,

Apa kena mengena jinjing raga ke pasar dengan kahwin dua?Bagaimana pula dengan yang menolak troli?

Kui kui kui!Tak kuasa mak!

Tahniah utk HSPM 04/05!

Denanz ... said...

salam tuan,
saya link dari blog benuasuluk.
seperti yg pernah saya kata kpd ridzuan, seorang kwn saya sangat berhajat nak kawin 2 sbb teringin sangat nak ada mak mertua (isteri pertamanya anak yatim - tiada emak).

Rahimidin Z said...

benuasuluk,
40 kusimpan dalam lipatan kenang dan ingat.

sham,
bacalah apa yang tertulis di urat tapak kanan dan kirimu.

rai,
adikku, "lelaki berani tak pernah singgah di daerah persembunyian".

denaz,
tuan, tk kerana singgah.

MOHD SHAH IBRAHIM said...

Sdr,
teringat saya satu hari di Teater Elit pada tahun 1985 dulu.
Allahyarham abdulaziz HM pernah memberi petua.
Katanya, hati mesti kering. Kalau selagi kau balik malam, tengok anak tidur di bawah kau belai dan angkat dia naik ke atas, atau nampak isteri tidur atas sofa menunggu, kau pergi renung wajah dia, belai rambut dia.. maknanya kau tak layak nikah seorang lagi.
Orang hati kering, dia buat tak tau aje. Baru boleh nikah seorang lagi.