Wednesday, June 4, 2008

Rahimidin Zahari

RAHIMIDIN ZAHARI termasuk penyair muda Malaysia yang bertuah. Dalam usia yang belum mencecah 40 tahun (Lahir 28 Mac 1968), telah berjaya meraih beberapa hadiah dalam sayembara penulisan puisi dan cerpen, dan menerbitkan beberapa kumpulan puisi, di antaranya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - "Sekepal Tanah", DBP 1995 (memenangi Hadiah Utama Anugerah Sastera Darul Iman ke-III) dan "Di Kebun Khatulistiwa", DBP 2005.

Walaupun berkebolehan dalam banyak genre, tetapi bakatnya lebih terserlah dalam puisi.

Rahimidin amat akrab dengan alam kampung yang tenteram dan religious; dan kadang-kadang kelihatan mereka seperti "menyatu" dalam ikatan yang kuat dan mesra. Dan tema ini berulang-ulang muncul dalam bait-bait puisinya. Hal ini tercermin dalam puisi ini, misalnya:

kuseberangi sungai
dan lautan cahaya
kubisik pada angin
dan waktu yang sabar
menemukan rahsia:
di lengkung langit Pencipta aku berdiam
mengagumi kuasa kata-kata.

Ini tidak menghairankan kerana seperti tulis Rahimidin:

aku membesar
di kampung kecil
yang hijau:
karat lumpur
menguning jari
selut sawah
memerah kaki.

(Autobiografi, DKK hal 16)

Larik-larik puisinya lembut, sederhana ditimba dari alam persekitaran dan perbendaharaan kata daerah. Ia tidak jemu-jemu meneroka alam di luar dan di dalam dirinya. Kisah kehidupan kampung masa kecil, kisah dari sejarah dan tokoh-tokoh Islam sentiasa mendapat perhatian penyair.

...Aku bersiap dengan kemampuanku
untuk memahami jawapan atas setiap pertanyaan
yang bergetar di langit kalbu.

(Rabb, Pertemukan Aku dengan Diriku, ST hal 12).

Puisi-puisi Rahimidin bukan saja dapat menarik perhatian beberapa panel hadiah, tetapi juga sarjana luar negeri. Prof. Madya Dr Victor Pogadaev, telah menterjemah sepilihan puisi Rahimidin dari dua kumpulan "Sekepal Tanah" dan "Di Kebun Khatulistiwa" dan diterbitkan di Moskow dalam dwi-bahasa: Russia-Melayu.

Rahimidin Zahari yang terdidik di Universiti Sains Malaysia kini bertugas di Istana Budaya dan menulis kolum "Selasar Pawana" dalam majalah PENTAS.

Ehsan dari http://jendeladankemeja.blogspot.com/


3 comments:

benuasuluk said...

Buku-buku sdr. yang bukan bercop mohor "si pohon lontar", saya hanya ada Lakaran kampung dan Matahari Berdoa.Itupun Matahari tu dah ghaib entah ke mana. Di mana lagi kalau boleh dapat buku2 yang lain? Tak apa, ada cina boleh tolong jilidkan. Bayar murah.

Rahimidin Z said...

rh, salam
rupa-rupa cikgu wan a rafar masih menyimpan buku-buku saya yang lain cemara, peta matahari dan salakan. saya kena cari dululah di rumah yang mana.

MOHD SHAH IBRAHIM said...

tahniah dawl,
semoga sdr akan lebih berjaya lagi di masa akan datang.
Salam.