Thursday, May 22, 2008

Melayu

Semalam solat mahgrib di surau KL Sentral. Terserempak dengan Rejab FI (sasterawan dari Perlis) betul-betul di hadapan surau. Saya hendak masuk, dan dia berjalan keluar. Tak sempat tanya sama ada dia dari Perlis atau akan berangkat balik ke sana. Dan sambil bersalam saya ucapkan “Hidup Melayu.” Pak Jak, bahasa yang selalu beliau gunakan untuk dirinya walaupun saya memanggilnya cikgu, terus menyambut. “Iya, Melayu sedang menuju kehancuran.” Waduh, apa sudah jadi Pak Jak?

Ceramah

Ceramah sudah menjadi separuh rutin bulanan saya. Petang semalam menggantikan sahabat sebelah bilik, Dayang Kartini Awang Bujang untuk ceramah Asas Pemasaran kepada pegawai-pegawai Kebudayaan dari Universiti Sains Malaysia. Pesertanya semua kawan-kawan yang saya kenal, Nor Azah, Haji Ahmad Hashim, Zukilfi Che Husin, Yusof Bakar, Nor Helmi Othman, Ramnah Ramli, Bad, dan penyelerasnya Dr. S. Hardy. Saya nak bohong apa? Dan saya katakan kepada mereka, anggaplah hari ini tuan puan tak pernah mengenali diri saya.

Penghormatan

“Ini satu penghormatan,” kata satu suara yang saya kenal. Tetapi saya beranggapan lain sama sekali. Pada saya tak semua permintaan atau pemberian itu satu penghormatan. Bahkan orang boleh memberikan keterbalikan maksud bahawa penghormatan itu sebagai satu penghinaan yang maha halus. Yang bermuka dua itu ada di mana-mana pun di sudut dunia. Pandai sungguh berbasa-basi. Tapi saya tak pernah kisah orang nak naik ke langit yang ke tujuh, kemudian terjun turun ke langsung ke dalam tujuh lapis bumi. Itu adalah pilihan peribadi yang amat peribadi, tolong jangan libatkan orang lain. Maaf, sebelum aku yang sentiasa diam dan baik (?) tiba-tiba memberimu kata-kata carut.

Malam Gelap di Bukit Damansara

Tiba-tiba terima panggilan daripada Ustaz Azizi Hj. Abdullah pada petang 17 Mei. Azizi penerima SEA Write Award dan novel-novelnya banyak. Seorang Tua di Kaki Gunung, teks sekolah saya semasa ambil SPM. Lima enam tahun lepas kami berceramah bersama di Sekolah Teknik Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang.

“Hang kat mana?”

“Rumah.”

Ada pementasan apa kat Istana Budaya?”

“Randai Kasih Menanti.”

“Bagus ka?”

“Belum tengok. Tapi Dato Syed Alwi kata, mana dramanya?” Dia tengok separuh dan balik.

“Inilah orang teater, tak bagi sokongan kepada yang lain.”

“Saya nak tengok Malam Gelap di Bukit Damansara kat Aswara! Saya ambil Ustaz jam 8.00 malam ni?”

“Aku kat PWTC, Pan Pacific.”

Menontonlah kami, Ridzuan Harun ikut bersama. Selepas menonton Ustaz Azizi tanya,

“Apa cerita yang nak khabar?”

“Tak da isu, tak ada cerita. Hanya kerana malam tak ada letrik,” kata saya.

“Aku ingat teater yang bagus aku tengok tahun lepas kat DBP, teater Keris Syed Alwi, ” lanjut Ustaz Azizi.

“Iya ke? Ada seorang orang kata, drama tu tak bagus.” Acah saya.

Kami menuju ke Bangsar nak perkena apa-apa, di sana menjadi bertiga dengan Ridzuan.

Dan petang besok saya menonton Randai Kasih Menanti, terserempak pula dengan kawan saya dari Japan Foundation, Seiya Shimada (Head Cultural Affairs Dept. Saya ajak dia minum sebab nak pujuk dia supaya bawa Noh dan Kabuki ke KL.

“Very expensive,” katanya.

Sepotong Roti

Sepotong roti amat bermakna bagi anak-anak lapar di Darfur, Sudan. Bahkan sepotong roti menyebabkan orang-orang lapar berbunuhan sesama sendiri. Apabila anda yang telah kenyang, tiba-tiba diberikan sepotong roti, apakah yang anda akan berbuat dengan roti tersebut? Tak mungkin untuk menghantarnya ke Darfur. Teringat saya filem “Cinta Sepotong Roti”.

8 comments:

benuasuluk said...

Salam be,
1. Dah buat temujanji dengan Paduka Ayahanda Rektor?
2. Saya dok berkira-kira apa budak adib tu akan hentam pasal malam gelap di bukit damansara tu.Hentam jangan tak hentam.
3. Saya dah hentam kat kawan-kawan. Ramai terkejut dengan reaksi saya "suruh tukar apa yang patut kalau dah tak berguna dah."

sahrunizam abdul talib said...

Sdr Rahimidin,

Malam gelap di Bukit Damansara atau malam gelap di Kepala Batas?

Sham al-Johori said...

aduh wak long,
Indah sungguh permainan lelocongnya.
Cucu-cicit jadi takut untuk duduk semeja apatah lagi sekerusi. Apatah lagi hamba pacal yang hina... hanya menganyam rindu dari kejauhan aja.

Rahimidin Z said...

RH,
belum, masih menunggu masa yang terbaik. tak baik dok hentam orang, jadi jadi macam che det pulak, dah tak ada apa-apa jawatan, nak apa lagi?

Tuan Sahrunizam,
biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya. biarkan...biarkan.

Syeikh Sham,
antara manusia tidak ada bezanya, yang membezakan hanya jauh atau dekatnya kita dengan Allah.

Shasha said...

Salam, daripada empat anekdot itu, ntah kenapa mata saya tertarik kepada statement Sdr kata sdr mencarut....hmmm...susah nak percaya...hehe...

eydd

Rahimidin Z said...

eydd,
niat yang belum terlaksana...moga-moga tidak dilafazkan.

Shasha said...

yupp...harap begitulah...niat saja x mengapa, belum dicatat...
e
y
d
d

lutfi said...

bawa 'geisha' la. saya boleh jadi samurai.