Friday, May 16, 2008

Rumusan

Seorang kawan saya memberikan rumusan terhadap seorang kawan saya yang lain. “Sepuluh cakapnya, kau pakai satu sudahlah”. Hal-hal begitu, biasanya saya jarang memberikan komen atau apa-apa pandangan selain diam. Bila orang tidak percaya dengan apa yang kita cakapkan, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Dan saya selalu berdoa dan mengharapkan supaya sahabat-sahabat saya tidak menganggap saya sedemikian. Begitulah nampaknya, saya sedar, ada kawan-kawan saya tidak boleh membezakan antara ketika kita serius dengan ketika kita melawak.

Kediri

Apabila ketemui kawan-kawan penulis, mereka akan bertanya, “Pergi Kediri?”. Jawab saya mudah. Tak. Memang tak ingin pergi. (Kediri itu nama tempat di Pulau Jawa, akan diadakan Perhimpunan Penyair ASEAN). Kalau ingin pergi saya ingin keseorangan ketika tiada sesiapa pun kawan-kawan yang kenal pergi. “Kenapa?” Saja tak ingin diganggu. Dan alasan lain pun boleh diberikan, banyak kerja, nak siapkan buku, urusan keluarga dan macam-macamlah. Tapi kali ini memang tak pergi. Tak payah tanya kenapa. Atau alasan yang lainnya boleh ditambah. Bila pergi beramai itu akan ada banyak cerita bila pulang nanti. Pergi urut tapak kaki, orang boleh buat cerita pergi berzina, minum mineral water, di sebelah meja yang ada botol arak, orang balik cerita dia tu minum arak. Minta dijauhkan Allah daripada semua sifat-sifat dan tingkah laku yang keji itu.

Mulut

Apabila mengenangkan tentang mulut yang suka menjaja cerita, biasanya saya buat dengar tak dengar. Terpulanglah nak percaya atau tak ingin percaya. “Sebab pulut, santan binasa; sebab mulut, badan merana”(? ) Entah betul, entah tidak petikan itu, saya tak sempat rujuk kamus. Biasanya orang yang suka bercerita tentang keburukan diri orang lain itu, itulah sebenarnya keburukan dirinya sendiri. Dia membuka bajunya, membuka pekung di dadanya, dan menunjukkan kepada khalayak ‘inilah diriku’. Sayang sekali, di tubuhnya ada panau dan kurap. Nasihatlah dia supaya cepat-cepat ke farmasi, atau jumpa doktor pakat kulit. Penyakit harus diubati segera, kelak ia merebak dan merebak. Siapa pula yang susah, sakit dan menanggung malu sendiri.

6 comments:

sham al-Johori said...

TUAN SYEIKH,
Baru sempat masuk blog dan membaca tulisan tuan kembali. Begitulah yang dikatakan manusia dalam dunia ini. Ana pun selalu juga menanya- tanya kalau-kalau apa yang terungkap selama ini lebih banyak batil daripada benarnya. Hati dan perasaan sesuatu yang maha sensitif. Moga Allah selamatkan kita daripada fitnah duniawi dalam perjalanan kita ke negeri abadi.Amin.

crazyloveman said...

pelik juga pada manusia yang suka berkata tentang orang laen.
Lebih baik senyap daripada bercakap!

S.M. Zakir said...

Guano be, bekeng sangat nih. Tak po tok se gi ramai2, kito gi dua oghe, tak po adik beradik boleh kongsi.

Baru mari bui salam ko blog abe nih. Blog baru ambo smzakirsayapmatahari@blogspot.com. Masuk2 nama tak tau nak padam dan tukar, jadi panje gitu mo.

ekspresi said...

salam pak,
enggak mahu ke indon tak mengapa kita ke holland, amacam?

lutfi said...

kediri tempat banyak ulamak ..kalau pi, boleh bersuluk dengan s. zakir.

dewek anak wak long said...

syeikh sham,
itulah yang berbezanya antara renungan dan tuduhan.

crazyloveman,
itulah maknanya lidah.

syeikh zakir,
kita sentiasa berdiri di dalam dan luar mimpi.

pak ekpresi,
indon pernah terjajah dan holland pernah menjajah.

adik lut,
semua sunan-sunan tu kekawan belaka.