Cerita Syed Alwi.
Apabila bercakap dengan SN Dato Syed Alwi, banyak sisi yang selalu dikongsikan. Cuma sayangnya setiap kali bercakap dengannya, saya tak bawa alat perakam. Dia bercerita bahawa baru jumpa A. Wahab Hamzah, dia nak buat kumpulan teater. Mungkin bernaung di bawah DBP atau ASWARA atau mana-mana badan yang sanggup.
S. Amin Shahab bertanya, “Dato al.. apa?”. “Alkohol”, dia gelak. “Al idrus”, kemudiannya dia membetulkan. Tetapi dia nampaknya tidak pernah kisah dengan asal keturunan dan gelarannya. Katanya di Perak dulu, sesiapa yang sanggup membawa Sultan yang akan menyeberangi sungai Perak juga akan mendapat gelaran itu. Dia bercerita lagi mengenai dua pengalamannya di luar negara kerana keturunan ‘al idrus’. “Saya macam Syed Ahmad Jamal, dia tu Jamalulail, tapi tak kisah. Dia lukis Gunung Ledang, apa kisahnya al apa.”
Ketika menghadiri Festival Teater Iran, dia ditanyai tentang keturunannya, dan apabila disebut Al-Idrus maka dia menerima layanan yang amat istimewa. Sebagai tamu dia menerima segala layanan itu. Dan keduanya, ketika berkunjung ke England pada tahun 2004 kerana membuat penyelidikan untuk skrip teater Keris, beliau telah menelefon V.S. Naipul (1932) penerima Hadiah Nobel pada tahun 2001. “Sewaktu datang ke KL kerana akan menulis bukunya, VS Naipul menemui saya. Bila ke sana saya telefonnya, dan dijemputlah ke rumahnya. Rumahnya cantik di kawasan orang kaya-kaya, dengan keluasan 3 ekar lebih. Isteri Naipul bertanya keturunan saya, bila disebut Al-Idrus, saya diterima seperti keluarga, kerana beliau juga dari Pakistan dan berketurunan al-idrus.”
Pergilah menonton dramatari Titian Zaman di Filharmonik Petronas. Begitulah penonton, tak pernah tak ada macam panggung lain. Pergilah dengan Rosnan Ab. Rahman dan Bam, tiket pun dia orang yang beli. Titian Zaman mengingatkan saya buku kumpulan puisi yang pernah menjadi teks SPM masa saya masih sekolah rendah. Yang selenggarakan buku itu, kalau tak silap saya Usman Awang dan Ismail Ahmad (Ajikik). Baguslah pertama kali saya pergi menonton, ramai pula orang Istana Budaya yang hadir. Mungkin selepas ini orang lain juga akan lebih ramai hadir kat Istana Budaya. Huk.
Ada banyak yang boleh ditulis tentang persembahan ini. Tapi, malaslah.
3 comments:
saya rasa seronok bila datang ke kuala lumpur kota kosmopolitan ni kerana dapat menyaksikan pelbagai seni persembahan....tapi kalau saya masih tingaal di tempat asal saya...tentunya kotak pemikiran saya akan terus sempit....saya memang peminat nombor satu genre dramatari.....kerana kajian dan projek akhir saya di universiti dulu pun saya buat dramatari...memang saya happy kerana ramai teman2 lama saya,ada di situ...seronoknyer.....menyaksikan titian mengingatkan saya pada sesuatu....tapi tahniah pada koreografer muda yang telah mengarapkan beberapa komposisi tari kreasi yang masih beradab....tahu ke kreasi.kreatif dan kontemporori......cheq pun malaih la nak cakap..
Sori pinjam blog Cik Kiambang..
alasan nak komen konon....komen lah sekurang-kurangnya boleh dijadikan ikhtibar supaya ada peningkatan terhadap seni persembahan di ib..kalau kita tak sokong keseniaan tempatan siapa lagi....orang mcm dewek anak wak long lah yang perlu memberi nasihat berguna kepada penggiat seni....
bagi cik bunga..ada kelemahan dan kebaikan pada persembahan tersebut...Pujian harus diberi kepada petronas kerana berjaya melahirkan koreografer muda yang bakal mewarnai persada senitari tanahair...
terima kasih
CIk Muda Bunga Kenanga
Syeikh rahimidin, al- apa? Jangan altuntaya no.
Post a Comment