Jalan raya di tengah-tengah Kuala Lumpur bagai sawa yang kekenyangan menelan ribuan kenderaan. Sesak. Sejak selepas waktu pejabat petang Jumaat kereta bersusun-susun. Cuma sedikit ok kerana hujan tak turun. Ini saat yang paling bosan untuk memandu. Lebih baik duduk rumah. Baca buku atau meneruskan penulisan novel. Tetapi harus keluar juga untuk ke Dar Maliki kerana guru kami akan berangkat ke Mesir. Sempat solat maghrib berjemaah di Masjid Darul Ehsan. Ada Wida' dan Wasiat pemergian ke Mesir dan kupasan Kitab Kelebihan Ahli Hadis di Dar Maliki. Selepas menerima Musalsal Bil Akhiriah, keluar untuk menuju ke rumah Pena. Jalan sesak di depan Sekolah Antarabangsa menuju ke depan Flamingo, menyusur Jalan Ampang dan membeluk ke Jalan Tun Razak di hadapan Kedutaan Amerika (Laknatullah) jalan masih seperti seekor sawa kenyang. Ke mana kiranya para penghuni ibu negara malam ini, mau balik kampung? Hj. Sham, Rizduan, Luqman dan Lufti di meja leper mamak bucu bawah menamatkan mesyuarat hampir 2.00 pagi. Saya dan Hj Sham tak sempat sampai ke Pena. KL bagai sawa yang kekenyangan.
Api Cinta
Saya menerima panggilan dan sms, semuanya bertanyakan novel "Api Cinta". Mereka memesan dan ingin membelinya daripada saya. Saya katakan tak ada, dah habis. Api Cinta novel pertama Sutung Umar RS yang lebih bagus dari novel "Saman" karya Ayu Utami. Tetapi Sutung itu lelaki, dan Ayu itu perempuan. Petang tadi Sutung memberitahu saya, dia dihubungi oleh alFadhil Ustaz Muhd Uthman el-Muhammady yang ingin membaca novelnya.
No comments:
Post a Comment