Menghadiri majlis pelancaran buku yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Majlis pelancaran kali ini berbeza dengan yang biasa. Yang biasa, orang politik jarang hadir, kecuali menghantarkan wakilnya atau paling mudah, memang tak ingin hadir. Paling ramai khalayak yang hadir pun antara 20 atau 30 orang. Itu pun dah kira ramailah tu. Itulah nasib dan masa depan industri buku Melayu, kata kawan saya. Sebagai penulis, saya tak kisah sangat. Saya tetap juga menulis. Saya tetap juga menerbitkan buku, walaupun saya tahu saya syok sendiri.
Ramai sungguh yang hadir. Ketua-ketua UMNO Bahagian pun hadir berdiri di belakang Dewan Syed Nasir kerana tak dapat kerusi untuk duduk kerana orang ramai sangat. Gadis-gadis Tionghua pun ramai. Media juga. Yang kecil dan yang besar. Bagus! Bagus!, kata kawan saya. Ini petanda yang baik untuk industri buku negara! Wow dan wah!, bisik saya.
Saya pernah bercadang untuk melancarkan buku saya antara percabangan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Betul-betul di pusat Kuala Lumpur.
Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
PINDAH
Berpindah ke pejabat baru memberikan suasana yang 100% baharu. Bayangkan dari kamar yang dikepung dinding empat segi, tiada jendela untuk saya melihat alam dan matahari. Kadang-kadang panggilan telefon dari luar tidak dapat ditangkap gelombangnya. Lalu terputus. Bilik pun sehari demi sehari semakin sendat dengan buku dan catan - bergulung mahupun berfrem. Apabila wajib pindah, semua orang sibuk memasukkan barangan masing-masing ke dalam kotak yang dibekalkan. Saya tidak tahu, apa yang ingin saya pindahkan. Capai di depan, serasa tak kena. Di kanan dan kiri juga sama. Buku-buku di mana-mana, hanya jalan kecil yang membolehkan saya melangkah ke kerusi di sebalik timbunan buku.
Dua hari lepas, saya diberikan bilik baharu. Cermin lutsinar tanpa pemidang atau langsir. Apabila matahari naik pagi, maka terpercik masuk cahaya matahari ke bilik saya. Dan begitulah apabila petangnya, matahari petang juga merembes manja ke bilik saya. Dari tingkat 1, meja saya mengadap ke tasik Titiwangsa. Kuda-kuda melintas. Pasangan berkayak. Orang-orang berjogging. Termasuk tengah hari ceng, 1 tengah hari pun nampak orang berjogging. Gelombang angin di air tersilau ke mata. Dan saya memandang mangga sepohon yang sedang berputik di luar cermin yang mengepung saya. Ru yang kaku, dan lapan batang kelapa kurus memandang saya.
Apabila berpindah, maka buku, lukisan dan puluhan tesis yang menjadi simpanan saya ikut sama berpindah.
Dua hari lepas, saya diberikan bilik baharu. Cermin lutsinar tanpa pemidang atau langsir. Apabila matahari naik pagi, maka terpercik masuk cahaya matahari ke bilik saya. Dan begitulah apabila petangnya, matahari petang juga merembes manja ke bilik saya. Dari tingkat 1, meja saya mengadap ke tasik Titiwangsa. Kuda-kuda melintas. Pasangan berkayak. Orang-orang berjogging. Termasuk tengah hari ceng, 1 tengah hari pun nampak orang berjogging. Gelombang angin di air tersilau ke mata. Dan saya memandang mangga sepohon yang sedang berputik di luar cermin yang mengepung saya. Ru yang kaku, dan lapan batang kelapa kurus memandang saya.
Apabila berpindah, maka buku, lukisan dan puluhan tesis yang menjadi simpanan saya ikut sama berpindah.
Wednesday, May 16, 2012
PROF. BBQ CHICKEN
(1)
Banyak hal dalam hidup ini yang menyebabkan kita ingin bergelak ketawa. Tetapi kadang-kadang kita tak perlu ketawa pun. Cukuplah dengan memberikan senyuman. Terpulanglah pahit atau pun manis. Suatu hari yang panas cuacanya, saya meredah Kota Bharu untuk membeli sesuatu yang saya tidak pasti sebenarnya. Kitab lama atau kain batik. Tetapi kitab lama yang saya cari tak saya temui. Akhirnya saya beli dua pasang batik untuk ibu dan isteri saya. Sehelai sampin tenun yang entah ingin dihadiahkan kepada siapa.
Hari sabtu yang sibuk, saya harus menapak jauh dari tempat letak kereta ke tempat yang ingin saya tuju. Ada panggilan masuk, dan yang muncul nama guru saya.
"Saya kat KB."
"Saya juga. Ada orang dok kata kat awak. Awak tak tahu apa-apa pun tentang makyung. Setakat susun tulisan orang lain."
"Memang saya tak tahu apa-apa." kata saya. "Kalau free, nanti kita jumpa dekat mana-mana sebelah Pasar Siti Khatijah."
Dan kami pun berjumpa. Guru saya (Adiguru pun sebenarnya) jarang memperlekehkan orang lain. Dia menghormati orang lain. Yang kurang bijak dalam berkata-kata, adalah orang seperti saya. Guru saya bercerita, Prof. itu mengutuk-ngutuk saya ketika mereka minum semeja, sedangkan dia tidak tahu bahawa di depannya itu adalah guru kepada budak yang dicerca-cercanya. Tetapi guru, selalunya orang yang amat bijaksana.
"Tak apalah kalau Prof. BBQ Chicken yang berkata begitu kepada saya. Kerana saya tahu, saya lebih tahu tentang apa yang saya tulis. Universitinya pun salin tulisan saya kat Utusan Malaysia bulat-bulat tentang beberapa kesenian Kelantan yang saya tulis." Pertemuan itu pun berakhir, kerana saya harus berangkat balik ke KL dan guru saya harus menyelesaikan beberapa tugasannya.
(2)
Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya terserempak dengan juga bekas guru saya. (Bekas guru sebab ilmunya tak melekat dan hilang di debu angin.) Dia bercerita ingin membawa beberapa guru saya ke Universitinya kerana ketinggian ilmu yang ada pada tokoh-tokoh tersebut. Dan saya mengiyakannya. Besoknya pula saya minum dengan kawan saya, dia bercerita tentang seseorang mengutuki seseorang. Yang mengutuki itu bekas guru saya dan yang dikutuki itu juga adalah guru saya yang masih yang mengambil sanad ilmu daripadanya. Saya terpampan seketika, kerana baru semalam di hadapan saya, dia memuji-muji ilmu pada guru saya, dan hari ini dia mengutukinya pula.
Dan saya amat tahu, yang mengutuki itu, ilmunya tidaklah setinggi mana melebihi orang yang dikutuki.
(3)
Ilmu yang diukur dengan kesarjanaan, sedangkan kesarjanaan yang ada pada dirinya tidak memberikan bekas dan makna kepada dunianya. Ini hanya tidak lebih sebagai Profesor BBQ Chicken sahaja.
(4)
Selamat hari guru! Maafkan saya yang bukan profesor dan bukan sarjana.
Subscribe to:
Posts (Atom)