Friday, February 12, 2010

Sambutan Maulid dari Perspektif Islam

Khutbah Jumaat di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR Ampang hari ini disampaikan oleh guru kami, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki. Khutbah hari ini lebih pendek berbanding dengan Jumaat lepas yang mengupas tajuk "Saat-saat Kewafatan Rasulullah SAW". Akhir-akhir ini ramai sangat pemidato yang membidaahkan sambutan majlis maulid Nabi SAW., maklumlah lulusan Mekkah dan Madinah. Kebetulan malam tadi saya membaca buku "40 Masalah Agama" oleh Kiyai Sirajuddin Abbas yang menuntut di Mekkah dari tahun 1927-1933. Dalam buku itu dicatatkan bahawa sambutan maulid diharamkan oleh ulamak Wahabi di sana ketika itu. Kuliah guru kami minggu lepas juga menceritakan hal yang sama, walaupun majlis sambutan maulid tidak dibuat di masjid, tetapi di rumah-rumah acara sambutan tetap dibuat. Kasut dan selipar dibawa masuk ke dalam rumah, dan pintu dimangga dari luar. Sambutan Maulid tetap diteruskan.
Siapakah agaknya yang layak dikasihi dan dicintai, selain kekasih Allah SWT, Rasululullah SAW, Muhammad Al-Amin? Marilah kita bersedia untuk menyambut hari kelahiran junjungan Rasulullah SAW.

4 comments:

bed : said...

Saya rasa tak salah tunjuk kasih sayang pada junjungan kita yang satu tu, bkn memuja tapi rasanya itu je la masa yg plg baik utk anak-anak muda ambil inisiatif untuk kenal Muhammad (s.a.w).

p/s : lebih baik igt dari dilupakan terus, kan En.Emi :)

edolah said...

...zahirkan kasih sayang kita kpd baginda bukan dgn cara berarak di jalan.. lebih afdalnya menghayati dan amalkan sirah dan sunnah Junjungan...

Melihat Kesunyataan said...

Pernah beberapa tahu dulu kerajaan tidak membenarkan perarakan maulidur rasul dengan alasan menyerupai perarakan orang-orang agama lain.

:-) said...

Salam,

Saya lihat seolah-olah Mawlid = perarakan

Walhal, Mawlid = Solawat
(dalm rumah berkuncimangga atau berarak dan melaung solawat).
Tak kira apa cara. Solawat terus pada Kekasih Allah s.w.t Baginda Rasul s.a.w. yang dijunjung sepanjang hidup!

Solawat!

Wassalam.
~S.K~
Sallallaahu 'ala Taaha, Khairil Khalqi wa ahlaaha