LIMA SAJAK UNTUK AYAH
dengan sempadan beribu puisi
dan pilihan kata puitis
juga tak mungkin dapat kugali
dari beribu kamus, kerana kasih
tidak tercatat di dalam kamus:
hanya ada di dalam hatimu.
(Matahari Berdoa, 1998:18)
biduk diriku beroleng
beroleng juga.
haluan tak sampai.
angin tak tenang.
deru tak ingin.
Biduk diriku beroleng.
yang terbit dari kata.
yang bertapak daripada jejak.
(Di Kebun Khatulistiwa, 2005:80)
bau malam yang menipis dan bertebar
Kau menguji dengan haruman, nama, goda
dan selisih suara. Aku tetap juga aku
yang telah ayah pacakan huruf
dan huruf. Kurenung hayat; dan
sykurku tentulah pada-Mu.
(Di Kebun Khatulistiwa, 2005:85)
(buat ayah)
Matahari tergantung
di ubun-ubun langit.
menerung dan jejuluk.
di bawah geta.
di dapur para.
di pohon jambu.
telah pun runtuh.
Dan malam ini
aku sedang menatap
bulan melimpahkan
cahaya peraknya
di atas pucuk pohon
selepas hujan
di langit kampungku.
(Di Kebun Khatulistiwa, 2005:116)
Kupulang ke Tanah Asalku
yang menitiskan darah pertamaku.
dari padang sawah masa kecilku.
kemarau yang memarang hari.
kuak kerbau yang tertuas di umbi sawo.
telah menguncurkan liur kampungku.
yang semerbak bauan cempaka
dan dusun manggis memagar matahari.
menabur bintang; rambutku basah
mataku lembap dijirus embun.
(Di Kebun Khatulistiwa, 2005:100)
13 comments:
seribu sajak yang tercipta
limpahan harta yang tersedia
memang manakan sama...
dengan kasihsayang ayahbonda!
Salam takziah...al-fatihah!
takziah dari syed,saya dan anak2..moga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Tuan,
Takziah atas kembali ke rahmatullah ayahanda tuan. Saya hanya termampu sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Saya mendapat khabar berita itu melalui blog Shamsudin dan SM Zakir.
Kita juga akan ke sana
cuma masanya saja yang masih berteka-teki.
Moga rohnya dilimpahi rahmat. Amin.
Rahimidin,
Salam takziah dari saya. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama para solihin.
salam takziah untuk abang rahimidin sekeluarga dari saya
takziah.
kita redha tentang kehilangan.
Salam Adinda Rahimidin,
Takziah daripada kanda atas kesedihan adinda. Kanda doakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan diredhai Allah jua.
Salam takziah,
Semoga Allah mencucuri rahmat
buat allahyarham dan digolongkan
dalam golongan mukminin.
Amin.
al-fatehah.
AMINHAD
Sdr RZ
salam takziah yang dalam dari kami...
takziah, cik emi.
semoga rohnya di tempatkan dikalangan mereka yang dikasihi dan dirahmatiNya.
al-fatihah.
wah..
indah2 belaka..
(:
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah dan salam takziah
Post a Comment