Friday, October 16, 2009

SEDANG MEMBACA BUKU

Selepas berhenti menjadi penyair, saya hanya akan membaca dan melukis. Saya sedang membaca pemikiran Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak “Helming the Times” terbitan MPH dan ITNM. Kerana tak pernah sehari pun ke sekolah Inggeris, saya sengaja membaca yang versi Bahasa Inggeris, yang bahasa MELAYUnya saya koyak dan buang. Buku ini pun saya tak beli, sebaliknya dihadiahkan oleh seorang kawan pelukis.

6 comments:

Rositah Ibrahim said...

Salam,
Jika sudah menjadi penyair tidak akan ternoktah sifat sebagai penyair.
Kecek oghe putih siket, once a poet forever a poet.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Jangan pernah berhenti sebagai penyair, jika berhenti juga tumpukan penuh terus dalam bidang teater (kerana lebih puas 'mengata' dalam teater - pinjam kata-kata tuan), mungkin suatu hari nanti sama-sama kita usahakan untuk teater bergerak ke Singapura!
Hehehe...

S.M. Zakir said...

jange gitu be... buku sajak petualang 2 tok siap lagi ni, kito gi berpetualang kat tempat sejuk pulok.

bereti jadi penyair, baca buku najib pulok, tak mengembangkan minda lasung tu be. Kita gi berpetualang lagi bagus

Rahimidin Z said...

Cikgu Rositah,
W.salam. Iya ke?

Tuan Rusdi,
tentang ke Singapura tu setuju.. tak kan bawa lumba haram budak-budak je...

Pak Syeikh,
bab luar negara boleh gi...buku najib sekali baca lepas tu buang le...

ekspresi said...

salam tuan,
laku juga buku tu... baru ni di kedai buku besar yang selalu aku pergi tu sudah habis. hebat juga...kot!

Rahimidin Z said...

Arif sahabatku,
'o' hampeh.