Wednesday, October 7, 2009

SAYA BUKAN ORANG TEATER

Terima kasih yang setingginya kepada DBPWS yang diterajui oleh Hajah Nor Hasimah Ali dan Pengurus Program, Sdr. Rusdi Abd Rahman yang mengundang kami ke Taman Budaya Melaka untuk pementasan Rebab Berbisik dan Bidan Ketujuh pada 3 dan 4 Oktober yang lalu. Pementasan ini sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Negeri Melaka. Terima kasih juga kepada JKKNNM dan IKSEP yang ikut sama mendokong kami. Rebab Berbisik menjadi panjang juga hayatnya. Bermula di Stor DBP pada akhir tahun 2006, monodrama itu menjadi panjang pula hayatnya. Dua kali ke Kota Bharu, ke Pulau Pinang, ke Bentong, Pahang dan ke Kuala Terangganu juga. Berjaya dibawa itupun kerana kesungguhan Pengarah DBPWT, Haji Mohamad Yussop Ishak dan para karyawanya yang menyakinkan saya.

Bidan Ketujuh teater 10 minit saya selepas Dalang. Itu pun ditulis dan dipentaskan asalnya kerana dah tersalah janji menerima tawaran sahabat saya, A. Wahab Hamzah. Kalau tidak nescaya saya tidak ingin mementaskannya. Saya ulangi, saya bukan orang teater.

“Sudahlah kau, tak payah buat teater-teater ni. Kau tulis sajak cukuplah.” Ucap seorang kawan saya satu hari.

“Betul. Saya telah memasuki wilayah orang lain.” Kata saya.

“Dah tu, kenapa kau tulis skrip dan buat teater juga?”

“Aku seronok mengata-ngata dalam teater. Dalam, sajak susah sikit la orang nak faham.Teater dan puisi, kepuasannya berbeza.” Saya saja acah-acahnya.

“Kau tutup rezeki orang teater tulen.” Ajunya lagi

“Sapa orang teater tulen tu? Aku yang tak tulen ni pun ada ditawar untuk arahkan teater pendek sempena Anugerah Sasterawan Negara ke 10, aku tolak dengan penuh santun. Aku kata berikan pada orang teater. Namron, dia tu orang teater.”

Saya selalu sebutkan kepada kawan-kawan saya, saya bukan orang teater. Tersalah waktu menjadi editor majalah teater. Dan tersalah waktu juga kerana tertulis skrip-skripnya Muzikal Puteri Hang Li Po, Suzana @60, Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Rebab Berbisik dan Mahsuri. Saya juga rupa-rupanya telah tersalah waktu kerana mengambil lakonan dan pengarahan sewaktu di universiti.

Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang menjayakan Rebab dan Bidan di Melaka – Rosnan Abd Rahman,dan Milyana Arshad. Para pemuzik Mohd Nawi Jusoh, Ibrahim Senik, Fauzi Abdullah, Dahari Che Seman dan Colmann Abdullah, Pengurus Pentas.

Saya teringat lagi, sewaktu mewakili Malaysia ke MASTERA di Bandung, Indonesia- saya mewakili genre teater bukan puisi. Di sana berguru dengan N. Riantiarno yang terkenal dengan Teater Koma, tetapi apabila pulang ke Malaysia saya tetap tidak menganggap saya orang teater. Saya tidak menciplak dan mengakui apa-apa yang saya pelajari dari sana sebagai hak saya. Dan saya sebenarnya bukan orang teater.

9 comments:

S.M. Zakir said...

yang penting lelaki tulen bang...

N Faizal Ghazali said...

Setuju dengan Abg Zakir. hahahaha

Pegawai Khalwat said...

Buat saja Din. Teater bukan milik orang teater saja. Seni milik semua yang mahu menghayatinya.

Tapi memang betul, mengata melalui teater lebih puas.

SATIRA + KACAU said...

Apa yang orang kata tidak penting, yang penting apa yang kauyakini dan kerjakannya dengan yakin. Yang lain itu palsu belaka.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
1. Terima kasih kerana menerima pelawaan saya @ DBPWS atas pementasan dua teater ini dalam dua kali pementasan.
2. Tuan selayaknya orang teater walau kecil atau besar skalanya, tuan sudah mengarah dan menulis skrip apatah lagi tuan juga telah berlakon juga.
3. Angan-angan untuk ke Singapura mungkin boleh digerakkan, jika tuan berkesudian nanti ada teater di Johor Bahru pada 23-24 Oktober ini... jika ada kumpulan dari Singapura datang menonton bolehlah bincang-bincang kosong dahulu ya... bukan hanya 'Muzikal Impak Maksima' sahaja layak ke sana, 'Rebab Berbisik' pun layak...!

Rahimidin Z said...

Pak Syeikh
dan N. Faizal, tulen tetap tulen.

Sop,
hantarlah tulisan untuk Pentas.

Satira Kacau,
tak pernah peduli pun dgn apa yang orang kata.

Tuan RAR,
terima kasih kembali. dan InsyaAllah.

Pegawai Khalwat said...

Aku akan hantar Din. Tengah pecah kepala buat kerja hakiki.

Hantar skrip boleh ka?

Rahimidin Z said...

Sop, boleh..tapi dalam fail dah berderet..kena tunggu sampai 2011.

milyana arshad said...

terima kasih kembali kerana memberi peluang pada saya utk dptkan pengalaman baru