Thursday, February 12, 2009

Kematian

Kematian adalah sunatullah. Kerana setiap yang hidup wajib mati. Dunia teater kehilangan Datuk Syed Alwi, dan dunia sastera kehilangan Arenawati. Saya kehilangan dua teman baik, Haji Sazalee Hj. Yaacob dan Samoza (Sabri Mohd. Zain) dalam waktu yang terdekat. Semuanya itu adalah peringatan untuk diri supaya sentiasa berawas, bahawa diri kamu juga akan dijemput tanpa memberikan sebarang isyarat.

Malam kelmarin kami kehilangan bapa saudara yang dipanggil pulang di Alor Setar setelah menziarahi saudaranya yang sedang sakit. Haji Abdul Manaf Mat atau kami memanggilnya Pak Teh, seorang peneroka dan ushawan yang berjaya di Feda Jengka 5. Setiap kali kami menziarahinya di Jengka, dia dengan bangganya memberitahu jiran-jirannya, “Ini anak menakan kami!” Al-fatihah.

Tong Sampah

Kisah seorang mak cik yang berasa dirinya hebat. Dia nak mengarah, dia minta draf skrip 1, 2 dan 3, nak study. Dan soal lagi cerita itu ditulis dari sudut mana?. Aku boleh jawab dan boleh tidak untuk menjawabnya. Apa yang kau tau pasal skrip? Kalaulah Uwei tahu, tentu dia stopkan cerita ini sebelum saya menulisnya. Ini kisah tong sampah sajalah.

2 comments:

Zarif Hassan said...

Salam tuan,

Malaikat maut sentiasa berada di hujung rambut kita. Dia hanya menuggu saat dan arahan daripada-Nya untuk mencabut nyawa. Jadikanlah kita manusia yang berjiwa mutmainnah dan mardhiah apa bila bertemu dengan-Nya kelak.
Amin..

Rahimidin Z said...

Salam,
Sdr. Zarif
moga Allah swt memudahkan kita dalam semua urusan di dunia dan di akhirat.