Friday, January 23, 2009

Sebaris Batang Pisang

Sebaris batang pisang melompat-lompat dan bercakap-cakap di hadapanku. Kalau di kampungku, bila musim tengkujuh begini amat sukar untuk mendapatkan rumput kerana semuanya ditenggelami air. Dan gantinya tentulah batang pisang yang rebah dipukul angin, dan ayahpun akan memberikan kelewang, sebagai tanda untuk anaknya mencincang batang pisang tersebut. Untuk apa? Untuk makanan lembu-lembu ternakan kami yang kelaparan. Berbeza dengan zaman Singapura, apabila pulau itu diserang todak, memanda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis. Mujurlah ada Hang Nadim, tetapi budak cerdik itu dibunuh awal! Tinggallah budak yang bodoh-bodoh sehingga ke hari ini. Selayak batang pisang yang dicincang untuk makanan lembu orang-orang kampung kami.

Gagak dan Merpati

Gagak dan merpati, keduanya spesis burung. Yang berbezanya, gagak dengan wajah hitam legam, suka yang busuk-busuk dan pengotor. Manakala merpati dengan imej putih bersih. Jinaknya kadang-kadang boleh memagut makanan di tapak tangan. Tetapi awas dengan jinak-jinak merpati! Antara gagak dan merpati mana yang kau suka? Kau suka jadi gagak yek?

Dewi Kejahatan

Kawan saya bercerita mengenai dewi kejahatan yang berwajah cantik. Dewi kejahatan seperti sesumpah yang bertukar rupa dan warna mengikut musim dan perubahan cuaca. Saya ditakdirkan Tuhan berkenalan dengan dewi kejahatan yang ditakuti oleh semua orang. Dia memporak-perandakan negeri dan kampung halaman. Bolehkah dewi kejahatan yang bercabang-cabang lidahnya, mengkhianati dewa kebaikan yang satu lidahnya? Kita nantikan siapakah yang menang dalam pertandingan seru tersebut! Saya berkira-kira bagaimanakah ingin menyelesaikan cerita. Kalau dewi kejahatan yang terbunuh, mungkin semua orang puas, tetapi habislah kisah. Kalau dewa kebaikan yang terbunuh, tak syok juga kerana hero mati. Tapi hero pun wajib mati juga kan?

6 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Saya tahu dewi kecantikan itu tentu 'ayam katik' atau 'ratu penguin'. Ada juga orang panggil 'dewi penyu tua'. Soal siapa mati dulu tak penting, yang paling penting ialah dewi cantik itu tak ada orang yang sudi bersetubuh dengannya. Dewi tu bukan sahaja jahat tetapi gila.
Hehehe

Hasmora said...

Salam Abey Im,
ada riwayat kata Hang Tuah dan sahabat2nya asal dari Kelate.. apakah ada kemungkinan Hang Nadim pun serupa.. Ambo suka jadi Rajawali atau sang Nuri - lebih suka memerhati, tak suka menonjol diri.. Dalam Hikayat dewa Setunggal Alam.. Sanggoro Api memang pahlawan terbilang..tp ni semua khayalan penulis zaman dulu..entah apa agaknya hendak disindirkan... er.. sekadar pandangan-entah betul ke tidak andaian..huhuhu

Shah said...
This comment has been removed by the author.
Shah said...
This comment has been removed by the author.
Rahimidin Z said...

Syeikh Sham,
hanya tandatanya.

Hasmora,
selamat menuliskan ilusi menjadi realiti.

Unknown said...

Salam...sy ade cerita ttg sanggoro api ni...emm mcm mana kita nk cntact??sy perlukan jawpan