Arrogant
Kisah 1: Sahabat pertama saya menceritakan: “Aku telah dipindahkan dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru dan terpaksalah melaporkan diri kepada bos baru.” “Biasalah tu,” kata saya. “Tak biasa. Ini luar biasa,” tambahnya lagi. “Apa yang tak biasanya,” tanya saya. “Kau tahu, bos baru aku tu pesan begini: I nak pesan satu je, you jangan dok cap jari kat dinding-dinging bangunan! Kau tak berasa arrogant ke, pesanannya tu?” .”Iya la, kan bos kau tu belajar kat luar negara. Ada PhD pula. Salah kau la tu, suka berkawan dengan orang-orang kiri kot?” saya mengacahnya. Dia diam.
Kisah 2: Seorang sahabat saya yang lain telah ditemui oleh seorang pensyarah universiti tempatan dan memintanya membuat MA. Kata pensyarah lulusan luar negara tersebut: “Buatlah MA, kenapa dok tunggu lama sangat?”. Kawan saya menjawab: “Siapa agaknya yang nak jadi penyelia tesis saya?” . “Eh, kenapanya, akak boleh selia you?”. Kawan saya bertanya semula, “Berapa buku yang dah akak tulis?”. Menurut kawan saya, pensyarah itu terus diam. Khabarnya dia telah bisu sehingga ke hari ini.
Kisah 3: Seorang sahabat saya yang gilanya menonton filem telah membuat kritikan filem di sebuah akhbar tabloid. Tulisannya tidak disenang oleh salah seorang pensyarah filem yang kononnya pernah mengajar beliau di sebuah kedai kopi. Tanya bekas pensyarah tersebut: “Berapa filem dah kau tonton, berani nak kutuk-kutuk filem kawan aku?” Dia jawab: “Tak la banyak sangat. Aku tonton dua buah filem setiap hari. Aku mula menonton filem sejak umur 18 tahun, sekarang umur aku dah 45 tahun. Ertinya 2x 365x 27 tahun, itulah jumlah filem yang pernah aku tonton.” Jawab kawan saya. “Tapi kau penonton biasa, tak belajar apa-apa pun tentang filem. Lainlah aku yang pernah buat filem. Aku ada authority nak bercakap pasal filem,” kata pensyarah itu. Kawan saya, si budak nakal itu bertanya lagi, “Apa filem yang kau buat? Animasi ‘Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura” tu ke?. O..patutlah kau puji filem kawan kau tu bagus sangat, walaupun filemnya buruk.”
3 comments:
Tuan syeikh,
Ana tiba-tiba teringatkan cerita sang kuriang dan si tanggang. Kisah Tuah dan Jebat dan tak sesuai difilemkan sebab keris hari ini dah jadi lambang sex (mencium keris) bukan lambang wira dan keberanian. Malah lebih ghairah dan bernafsu jika berkeris di dewan parlimen.
Sekarang ni pun, ana keliru antara pembuat filem, pengusaha filem atau pengarah filem? Sebabnya mereka selalu bercakap soal sasaran kutipan filem yang mencecah RM3 juta. Maknanya juga, hari ini yang ada adalah si bebal filem aja.
Itu sebab, ketika ada seorang kawan bawa ana ke Mid Valley untuk menonton filem, tiba-tiba tiket habis. Inilah semiotik filem Malaysia.
Bukan nak kutuk tapi nak cari macam Nordin Ahmad tu dah tak ada.
Salam Sdr,
Iye ke kalau dah buat filem kita ada authority cakap pasal filem?
Atau kalau ada filem box-office dan bertaraf jutawan filem maknanya pengarah atau produsernya memang benar ada authority?
Kalau pasal filem, kat Malaysia ni ada dua perkara kelakar yang selalu berlaku.
Pertama, orang yang perasan dia ada authority.
Kedua, pihak media yang dungu yang tak mengenal makna authority. Sebab itu selalu berlaku kesilapan memilih siapa sebenarnya lebih berhak bercakap pasal filem.
Sheikh dan Cikgu Mohd. Shah...
yang boleh kukatakan hanya..ha..ha...ha....
Post a Comment