Saya, Allahyarham Wan Yusoff Hasan dan Allahyarham Hj Wan Alimi Wan Mahmood |
Friday, March 13, 2015
KAMI BERTIGA
Wednesday, March 11, 2015
GINGKO
Pohon gingko besar ini saya rakam di sebuah taman di Yuyuan Garden, Shanghai Old Town, China pada 28 Oktober 2008 yang lalu. Saya sempat menuliskan sebuah puisi "Yuyuan Garden":
kita yang selalu berbeza dan aku yang kau
sukar menerka; ingin membina sebuah taman
sebagaimana yang teragan di negeri cinta
akan kupindahkan taman dengan segala
bunga-bungaan, kolam tempat ikan berenang,
marmar berobjek masa lampau; cuma di
halaman akan kutukarkan gingko dengan
sepohon kenanga yang harumnya
bertahun akan kukenang.
Monday, March 9, 2015
KENDURI
Foto: Ladin Nuawi |
Hujung minggu, kebiasaannya memenuhi undangan kenduri kahwin. Kadang-kadang di hari yang sama bertembung dengan dua atau tiga, bahkan sampai 6 majlis kenduri kahwin. Lalu, tidak semua undangan itu dapat kami penuhi. Ada kenduri yang berdekatan dengan tempat tinggal kami, dan ada kenduri yang jaraknya sangat jauh. Antara yang berdekatan dengan yang jauh, kebiasaannya kita akan memilih yang dekat. Namun, sekiranya berjauhan sekali pun jaraknya, kita akan hadir juga sekiranya majlis itu memang memerlukan kita hadir. Dan pastinya dengan izin dan rahmat-Nya jua. Tanpa dengan keizinan-Nya, kita tidak mungkin sampai, meskipun kita memang sejak lama memasang hasrat untuk ke sana. Pada sabtu 7 Mac, kami menghadiri majlis kenduri di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Moga pasangan pengantin anakanda Ain dan Firdaus akan kekal dalam barakah dan rahmat-Nya. Kami ingin segera kembali ke KL, tetapi ada panggilan yang menjemput kami ke Seri Manjung. Katanya dalam 45 minit perjalanan dari Teluk Intan. Kerana orang yang mengundang itu sudah 30 tahun tidak ditemui, maka kami pun ke sana. Dan perjalanannya memang sangat mudah. Kami ikut segala arahan yang diberikan, dan kami betul-betul sampai di depan pagar rumahnya. Sempat ke Teluk Batik, singgah di Marina Island dan memandang Pulau Pangkor yang serasa sangat dekat. tetapi kerana matahari senja semakin merendah, kami harus berangkat balik ke KL.
Monday, March 2, 2015
Mikhail Lermontov (1814-1841)
Foto: RCSC Malaysia. |
Pada jam 1 tengah hari, 28 Februari, saya menghadiri perasmian monumen Penyair agung Rusia, Mikhail Lermontov (1814-1841) sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 200 di Pusat Sainas dan Kebudayaan Rusia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Saya diperkenalkan oleh Dr Victor Pogadaev sebagai penyair penting Malaysia kepada Gregory Pototsky, seniman yang telah menukang wajah Mikhail Lermontov. Potosky juga merupakan President of International Academy of Kindness Sculptor, Painter. Penulis Malaysia yang hadir petang itu, termasuklah S.M. Zakir dan Lutfi Ishak. Sebagai penyair Malaysia yang hadir, saya diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan:
"Selamat tengah hari. Saya merasakan sangat terhormat diberikan ruang untuk berdiri di sini, di majlis perasmian monumen seorang penyair agung Rusia yang telah menyeberang sempadan dunia. Penyair dan khalayak sastera di Malaysia sudah sangat biasa dengan karya yang dihasilkan oleh Chekov, Pushkin, Tolstoy dan beberapa nama penyair dan sasterawan Rusia yang lain. Dengan berdirinya monumen penyair agung Rusia ini di Kuala Lumpur sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 200, peristiwa ini akan mengakrabkan lagi hubungan antara keduap-dua negara. Dan kami amat mengharapkan dalam waktu yang terdekat akan ada karya puisi penyair agung ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk dihayati oleh khalayak sastera Malaysia. Sekian."
Friday, January 2, 2015
Friday, October 17, 2014
Kenang-kenangan
Novel kanak-kanak "Totto-chan The Little Girl at the Window" oleh Tetsuko Kuroyanagi telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia. Selepas membaca lama dahulu, saya membuka-buka semula terjemahan buku ini dalam bahasa Melayu. Membacanya mengembalikan saya kepada banyak nya kenangan sewaktu masih di sekolah rendah. Segala kenangan itu akan tinggal dalam ingatan, dan kemudiannya akan pupus begitu sahaja selepas si pengenang itu berangkat pergi dijemput Sang Pencipta. Tetapi, sekiranya si pengenang itu seorang yang suka menulis, maka segala kenangan, ingatan dan nostalgia lama itu akan dicatatkannya di atas kertas. Maka akan terhasilkan sebuah manuskrip tentang kenangan dan pengalaman masa lalu tersebut. Terfikir seperti ingin menulis semula segala kenangan tersebut.
Wednesday, September 10, 2014
ORANG BERTIGA
"Orang Bertiga" (DBP: 1980) merupakan Antologi Sajak Penyair Kabur NOOR S.I., A.S. AMIN, M. GHAZALI (sebagaimana tercatat di kulit depan buku ini). Buku ini diselenggarakan oleh Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad. Ketika menjadi buku yang lain, tiba-tiba terjumpa buku ini di dalam sekian banyak kotak buku. Saya ingin membaca semula karya mereka setelah hampir terlupa kehadiran ketiga-tiga penyair ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)