Novel kanak-kanak "Totto-chan The Little Girl at the Window" oleh Tetsuko Kuroyanagi telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia. Selepas membaca lama dahulu, saya membuka-buka semula terjemahan buku ini dalam bahasa Melayu. Membacanya mengembalikan saya kepada banyak nya kenangan sewaktu masih di sekolah rendah. Segala kenangan itu akan tinggal dalam ingatan, dan kemudiannya akan pupus begitu sahaja selepas si pengenang itu berangkat pergi dijemput Sang Pencipta. Tetapi, sekiranya si pengenang itu seorang yang suka menulis, maka segala kenangan, ingatan dan nostalgia lama itu akan dicatatkannya di atas kertas. Maka akan terhasilkan sebuah manuskrip tentang kenangan dan pengalaman masa lalu tersebut. Terfikir seperti ingin menulis semula segala kenangan tersebut.
Friday, October 17, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
biasanya semakin seseorang itu tua, semakin dia dapat mengenang-ngenang zaman kanak-kanaknya, zaman remajanya, dan zaman mudanya sebagai sejarah silamnya. itu pun, jika seseorang itu rajin membaca dan menelaah al-Quran, insya-Allah. dan semakin pula dia mula lupa-lupa hal-hal yang baru sahaja dialaminya.
makanya, hal yang baru-baru ini yang harus dicatat kemas-kemas, di mana-mana lipatan kertas agar dia sentiasa ingat apa-apa yang dialaminya, dilakukannya dan dihadapinya dalam dunia semasa. agar dia sentiasa sedar itu sejarah baru yang diciptanya, baik atau buruk. yang bakal dikenang orang di sekitarnya.
nur zahra mustafa,
terima kasih singgah.
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف بيوت بالقطيف
Post a Comment