Wednesday, July 17, 2013

Pak Da Megat di Rusia


Sebuah cerpen lama saya, "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tok Bagih" telah diterjemah dan diterbitkan dalam journal "ORIENTAL COLLECTION" (N1, 2013) di Moscow. Kebetulan isu kali ini memfokuskan kepada dunia timur. Terjemahan oleh Dr. Victor Pogadaev dan cerpen ini pernah diterbitkan di dalam antologi  "Darah Melayu" bersama-sama dengan cerpen Anwar Ridhwan, Danarto, Rahman Hj. Yusoff, Abdul Rahman CM dan Irwan Abu Bakar.

Cerpen ini saya tulis sekitar tahun 1990. Dan memenangi Hadiah Penulis Muda Terbaik untuk siri Sayembara Hadiah Cerpen Esso-Gapena 1991.

6 comments:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah saya ucapkan.

Rahimidin Z said...

Tetamu Istimewa, terima kasih.
Dan selamat menjalani ibadat puasa!

MARSLI N.O said...

Sdr RZ: Malam ini, dengan izin Allah SWT, harap kita dapat berjumpa di Rusia yang satu lagi.

-MARSLI N.O
Julai 18, 2013

Rahimidin Z said...

InsyaAllah.

Mawar Safei said...

Tuan RZ
cerpen yang sama dalam Bagaimana Saya Menulis! Tahniah!

Rahimidin Z said...

Dr. M, iya cerpen yang sama. Dr. Victor nampaknya sangat berminat dengan budaya tempatan.