Saturday, June 15, 2013


MAHAL DAN MURAH

"Usia itu sangat mahal harganya, jadi usahlah disia-siakannya!" beberapa kali Tuan Guru Syeikh Nurudin Marbu al-Banjari al-Makki mengulangi ungkapan tersebut sewaktu memberikan kuliahnya di Masjid Syaidina Hamzah Kg Batu Muda, selepas maghrib tadi. Mata mahal, mulut mahal, dan semua organ dalam tubuh badan manusia itu semuanya mahal. Jadi jangan gunakan mata untuk melihat sesuatu yang murah dan tiada nilainya. Mulut yang mahal itu jangan digunakan untuk mengumpat keji, menutur porno dan lain-lainnya. Yang mahal tak sepadan untuk digandingkan dengan yang murah. Dan dunia ini pula murah kepada Allah swt kerana Dia yang menciptanya. Kalau kekayaan itu diberikan kepada yang kafir, yang bukan Islam maka wajar kerana ia sangat murah. Ungkapan "Amin" selepas habisnya bacaan Al-Fatihah itu lebih mahal dari seisi dunia di sisi Allah swt.
Allah!
Allah!
Allah!

2 comments:

Mawar said...

Saudaraku
ya Allah, lalainya saya. ruginya masa yang begitu banyak meninggalkan saya!

Rahimidin Z said...

Dr. Mawar,
Sama-samalah berdoa moga Allah swt sentiasa menyedarkan kita!