Anugerah yang paling disyukuri, adalah hidayah dan petunjuk dari Allah SWT supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya, jalan kebenaran dan bukannya jalan yang membawa kepada kesesatan. Syukur alhamdulillah, apabila diberikan nikmat kesihatan, anak-pinak yang berjaya, rumah tangga yang aman tenteram, rezeki yang melimpah dari usaha tekun dan semuanya bersiklus di atas paksi kehidupan dengan izin-Nya jua.
Apabila, sunti saya mengucapkan hari ulangtahun perkahwinan yang ke 18, maka telah 18 tahunlah kami melayari bahtera rumah tangga. Dan tentunya saya bukanlah muda lagi, dan anak-anak telah pun bertambah sasa sosoknya. Saya pun merenung tentang anugerah rumah tangga dan anak-pinak yang sedang membesar di hadapan mata. Betapa terlalu banyak, masa saya tersisih daripada mereka kerana mengejar kehidupan dunia yang sementara.
2 comments:
Selamat ulang tahun ke-18. Semoga bertambah bahagia dan gembira dunia akhirat :)
Terima kasih.
Post a Comment