Buku "Wayang Kulit- The Folk Epic Of The Malay Archipelago" (ITBM:2012) dipamerkan di Frankfurt Book Fair pada 10-14 Oktober yang lalu. Dan saya ke sana, bertolak pada 7 Oktober untuk membuat persembahan wayang kulit dengan menampil segmen pendek di Pavilion MBKM setiap hari. Kerana tanpa pemuzik, dengan berbekalkan CD muzik wayang kulit, saya mempersembahkan cerita baru "Seri Rama Kehilangan Isteri".
Persembahan hari pertama pun selesai. Bila sedang bersiap-siap untuk persembahan hari kedua, saya diingatkan muziknya perlahankan sikit. Bising. Kuat. Menganggu orang nak membuat rundingan dan mesyuarat menjual dan membeli hakcipta. Iya, tak mengapalah, saya akan minta Sdr. Anuar Manshor perlahankan nanti sewaktu persembahan saya berlangsung.
Hari kedua pun selesai. Hari ketiga, orang yang sama mampir kepada saya.
"Siapa punya idea bawa Wayang Kulit mewakili Malaysia?"
"MBKM kot," kata saya.
"Ada orang Arab jumpa saya, Malaysia tu negara muslim kan? Kenapa kebudayaan Hindu yang ingin ditonjolkan mewakili Malaysia. Malu saya, terpukul hina saya?"
Saya memandangnya sekilas. Dalam hati saya, "Mak cik ini, kalau saya tak jawab tentunya dia akan rasa dia sangat alim kerana baru sahaja menmbawa Dr. Zakir Naik memberikan syarahan di Kuala Lumpur."
"Proses asimilasi budaya itu berlaku ribuan tahun lampau. Saya tak sembah patung wayang kulit. Wali Songo itu pernah dikhabarkan menggunakan wayang kulit untuk mendekatkan masyarakatnya kepada Islam..." dan saya hentikan percakapan saya. Malas saya nak bercakap dengan orang yang sangat alim ini. Yang sorot mata dan pandangannya sangat hina dan sinis kepada saya. Saya selalunya akan ignorekan manusia eksotik jenis ini.
Saya barangkali sangat jahil di matanya yang alim, warak, dan muslimah sejati dunia akhirat.
Friday, October 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment