Tiba-tiba kembali meneliti buku kanak-kanak di Kino setelah terperangkap dengan buku-buku oleh Sinanaga. Kebetulan di Frankfurt hari itu, saya sangat tertarik dengan beberapa buah buku kanak-kanak dari Korea Selatan dan Iran, cuma sayangnya buku-buku itu tidak dijual. Buku kanak-kanak bukanlah asing kepada saya kerana saya salah seorang yang menuliskan "366 Cerita Rakyat" terbitan UPND lebih sepuluh tahun yang lepas selenggaraan Othman Puteh. Bahkan ada beberapa buku kanak-kanak yang pernah diterbitkan yang tidak lagi beredar di pasaran.
Apabila melihat buku-buku dari luar negara yang cantik, saya sangat teruja untuk menulis buku kanak-kanak yang ceritanya menarik dan lukisannya pula cantik. Dan Sinaganaga barangkali akan menjadi mangsa saya selepas ini untuk melukis apa yang saya inginkan.
2 comments:
Buku cerita kanak-kanak - inilah suatu perkara yg sangat sukar bagi saya! saya pernah merancang untuk cuba menulis utk kanak2, dan anak saya sebagai ilustratornya, tapi laras bahasa tidak pernah menjadi! Kalau ada bengkel penulisan utk kanak2, mahu juga saya sertai!
Kena cuba dulu. Tak payah masuk bengkel. Beli beberapa buku kanak-kanak kemudian baca.Baca dan baca.Ha.ha. Lepas tu tulis dan tulis.
Post a Comment