Kata kawan saya, Azalan Sinaganaga, "lepas ni demo ceramah tentang penulisan novel pulak." "Masa kat KK kawe bagi no. 2 untuk ceramah demo tentang cerpen. Tapi bila demo bagi ceramah tentang puisi di Batu Feringgi, no demo jatuh ke belas-belas." Saya menerima pandangan kawan saya itu dengan sangat senang hati. Walau pun saya pernah jadi guru sekolah, dan pernah menjadi "pensyarah sangkut" tetapi ada hari-hari tertentu stamina kita bila berada di depan khalayak, selalunya tidak stabil. Ada orang yang bercakap di depan khalayak seperti penjalanan monorail, ada seperti LRT, ada juga yang seperti kereta api ekspress KLIA. Kita tidak mungkin mengukur diri sendiri. Yang menilai dan memerhati kita adalah kawan-kawan baik di sekeliling kita.
Saya merenung kembali tentang kerja-kerja menulis dan memberikan ceramah - sebenarnya terentang dua jurang yang jauh antara keduanya. Menulis merupakan kemahiran peribadi secara sendirian, dengan menulis dan menulis. Manakala apabila berceramah, seseorang itu akan berdiri di depan khalayak, yang pelbagai latar biografi diri. Ada yang lebih muda daripada kita, ada yang berpangkat bapa, dan bahkan ada yang berpangkat datuk kepada diri kita. Tentunya, kalau diberikan pilihan untuk menulis atau memberikan ceramah, saya sudah pasti memilih untuk menulis kerana saya bekerja dengan diri saya sendiri.
Dalam banyak hal, saya selalunya banyak "tidak tahu" berbanding dengan terlalu sedikit tentang "apa yang saya tahu".
Thursday, September 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment