Apabila buat salah, atau memang sengaja buat salah, kita pun memberikan rumusan: "asam garam kehidupan!" Saya anak orang kampung yang tidak terkenal. Arwah bapa saya, seorang petani dan di sebelah petang berniaga ikan di pekan kami, Peringat. Berbanding dengan kawan saya, anak orang yang terkenal. Tetapi si anak ini tidak mewarisi bakat si bapa. Hanya pandai meretorikkan bakat bapanya, dan berasakan bakat bapanya itu sangat besar. Tetapi dia sendiri pun sebenarnya tidak kenal dengan bapanya itu. Dia marah kerana orang tidak menghormati bapanya, termasuk bakat bapanya juga. Tetapi dia tidak sedar, apa yang sedang dia buat itu sebenarnya sedang memijak-mijak bakat bapanya.
Saya pernah menasihatinya. Tetapi susah kerana dia berasakan dirinya lebih pandai daripada saya. Apabila berjumpa, dia akan mengulang-ngulang ucapan yang sama. Menyebab saya mendengarnya acuh tak acuh sahaja. Paling susah apabila orang tidak faham dengan apa yang kita cakapkan walaupun saya bercakap dalam bahasa yang paling mudah. Paling tidak berguna kita meminta nasihat orang, tetapi nasihat yang baik itu kita anggap buruk kerana tidak menyebelahi diri dan pandangan kita.
Kita minta orang menghormati kita, tetapi kita sendiri tidak pernah menghormati orang!
Tuesday, July 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment