Friday, May 18, 2012

PELANCARAN BUKU

Menghadiri majlis pelancaran buku yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Majlis pelancaran kali ini berbeza dengan yang biasa. Yang biasa, orang politik jarang hadir, kecuali menghantarkan wakilnya atau paling mudah, memang tak ingin hadir. Paling ramai khalayak yang hadir pun antara 20 atau 30 orang. Itu pun dah kira ramailah tu. Itulah nasib dan masa depan industri buku Melayu, kata kawan saya. Sebagai penulis, saya tak kisah sangat. Saya tetap juga menulis. Saya tetap juga menerbitkan buku, walaupun saya tahu saya syok sendiri.

Ramai sungguh yang hadir. Ketua-ketua UMNO Bahagian pun hadir berdiri di belakang Dewan Syed Nasir kerana  tak dapat kerusi untuk duduk kerana orang ramai sangat. Gadis-gadis Tionghua pun ramai. Media juga. Yang kecil dan yang besar. Bagus! Bagus!, kata kawan saya. Ini petanda yang baik untuk industri buku negara! Wow dan wah!, bisik saya.

Saya pernah bercadang untuk melancarkan buku saya antara percabangan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Betul-betul di pusat Kuala Lumpur.

No comments: