Tuesday, January 10, 2012

tentang pelukis dan lukisan

ketika saya tidak lagi berhasrat untuk menyimpan lukisan, jumaat petangnya, minum petang bersama beberapa pelukis Anak Alam, Mustpaha Ibarhim, Kak Yam, Ali Mabuha dan Siti Zainon Ismail. masih bercakap tentang seni lukis, dan tentang banyak perubahan dalam industri seni yang seperti ingin memundurkan industri tersebut. sabtunya dikunjungi pelukis Ahmad Shukri Elias bersama puterinya, Adibah yang membuat kajian mengenai Hikayat Seri Rama.

malam tadi mengunjungi pelukis Samjis Mat Jan bersama Sutung Umar RS. Tiga potret terbaru Samjis amat luarbiasa sekali. saya merenung susunan buku pelbagai bidang, potret, lanskap dan sketsa hitam putih Samjis. saya masuk ke studio dan seperti tidak ingin keluar. ini sebuah cakerawala seni yang menakjubkan. dia peminat Rembrant dan Eistein. maksud percakapannya, untuk jadi hebat mesti mengidolakan orang-orang yang hebat. dia memuji kehebatan lukisan M. Zain dari Terengganu.

saya memandu balik ke rumah, dan si "Ayu" yang dilukiskan Samjis, masih merenung ke dalam mata saya.

No comments: