Tuesday, January 3, 2012

2012

Bermula tahun baru 2012, semua orang tentunya memiliki azam baru. Azam kecil saya,saya nak terbitkan enam buah buku untuk tahun 2012 ini. Bermula 1 Januari, minum malam bersama Uwei Hajisaari di Ayam Penyet, Festival City dan bercakap sekitar koleksi beliau. Manakala 2 Januari di Ampang Point bersama artist Nizar Kamal Arifin dan Ir. Wan, seorang kolekter karya seni yang sedang aktif.

Petang tadi saya menerima panggilan seseorang yang kerana terpandang bumbung pejabat saya, dan dia teringatkan saya, kawannya. Kami sudah lama tak bertemu. Selepas dia dianugerahkan Dato, kami pernah keluar sekali untuk minum bersama, dan saya tidak pernah menelefonnya selepas itu. Apabila ramai orang yang kurang senang dengan tindakan-tindakan beliau, saya hanya diam. Dia senior saya di universiti, dan saya memanggilnya abang sejak mengenalinya lebih 24 tahun lalu. Dia kini profesor dalam bidangnya, dan saya tetap masih kekok untuk memanggilnya Dato Profesor.

Petang ini kami minum bersama, dia minta teh tarik dan saya minta kopi o. Dia baru pulang dari Paris dan akan berangkat pula ke Beijing untuk misi dalam bidangnya.Tahniah daripada saya, dan semoga dia kekal menjadi sahabat saya walaupun memikul Dato' Profesor.

No comments: