Dah bertahun saya tak menonton di KLPac. Sehingga dua malam lepas ada Malam Gala untuk sambutan 40 tahun akhbar Star, saya pun hadir menonton "In Perfect Harmony - A Malaysian Musical Journey".
Banyak benda yang boleh ditulis daripada persembahan tersebut. Saya suka dengan persembahan yang baik bukan kerana paras rupa penyanyi atau pelakonnya yang cantik dan glamour. Pelakon dan penyanyi yang baik, tetapi tidak terkenal, lebih baik daripada pelakon dan penyanyi yang terkenal tetapi sombong.
Saya terhibur, tergelak, dan sesekali terkesima dengan celoteh Patrick Teoh. Saya pernah menonton Dauglas Lim tampil di pentas beberapa kali, dan saya suka dengan aksinya sebagai DJ.
Saturday, October 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
rupa paras yang jelita belum tentu boleh menghasilkan 'rupa paras persembahan' yang jelita juga serta sedap dilihat mata penonton...dan kalau 'rupa paras persembahan' adalah memuaskan secara tidak langsung lain-lain hal akan turut disenangi..
Post a Comment