Cinta hadir tanpa diduga dan tidak juga secara dipaksa. Cinta boleh hadir kepada sesiapa sahaja, secara terang atau secara gelap. Cuma ada yang bersambut dan ada yang tidak bersambut. Dan terkini orang bercinta dengan pelbagai medium - berkat kecanggihan teknologi. Kalau di dalam meeting, hendak memerangkap kawan kita yang sedang bercinta sebenarnya paling mudah. Kalau ada kawan-kawan yang menerima sms, kemudiannya menjawabnya terus, kemudian tersenyum sendirian, maka sahihlah dia sedang bercinta.
Kepada kawan-kawanku yang sedang bercinta...bercintalah sebelum anda kena tangkap dan menjadi tahanan di dalam rumah.
1 comment:
Aduhai, bercinta (secara maksiat) memang indah kerana duduk dalam buih angan-angan yang tinggi dibuai pawana. Sekali buih terpecah, yang bercinta akan jatuh ke bumi realiti tanpa lagi harga diri, tanpa kepercayaan manusia yang melihat perlakuannya lagi. Amat trajis! Berhati-hatilah.
Post a Comment