PROSES KREATIF
Saya menyampaikan ceramah proses kreatif sebagai penyair di Hotel Rebana, Jalan Pengkalan Chepa dari jam 9.00-11.00 pagi anjuran DBP Wlayah Timur. Salah seorang pesertanya, Cikgu Kamarudin Mohd Nor, guru disiplin sekolah saya sewaktu tingkatan 1 dan 2. Dia tak kenali saya kerana saya tak termasuk senarai pelajar yang bermasalah.
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
KE KOTA BHARU
Pagi tadi meninggalkan KL untuk kembali ke kampung halaman sendirian. Mulanya ada seorang pelukis yang ingin ikut kerana nak melukis semula lanskap Kelantan masa silam. Tetapi tak jadi. Kerana penat berulang alik dari KL-Kuantan, Kuantan-KL, saya malas nak memandu. Melayan kewan-kawan yang ingin berkenalan 'musang king' kat tepi lebuh raya di Bentong, pening dibuatnya.
Sampai di KL Sentral (Pusat KL?) saya macam di Yogya...irama muziknya diulang-ulang. Sungguh tak faham, apakah yang sedang terjadi dengan negaraku. Dah tak ada muzik Melayu agaknya? Atau orang yang menguruskan Pusat KL itu juga dari tanah seberang kot. Tak apalah, Pasar Chow Kit, Pasar Datuk Keramat, dan hampir semua pasar malam pun telah kita berikan kepada mereka. Pemandu teksi peramah yang menghantar saya banyak bercerita tentang penumpang dari seberang tak cukup membayar tambang.Dan kerana tak cukup wang, dia menjemputnya masuk minum kopi dulu. Dia tak masuk, bagi duit yang ada cukuplah. Dia bercerita pula pasal adiknya sendiri yang menjual rumah kerana liciknya perempuan seberang. Isteri yang bertahun dikahwini melarikan diri kerana tak tahan lagi dengan perangai suami. Tak apa lepas ini berilah semua.
Masuk flight, reda sedikit apabila play back muzik Mohram yang dimainkan, biarlah walaupun Melayu sekerat dan Indon sekerat.

Thursday, April 28, 2011
KE KUANTAN
Saya ke Kuantan, bandar yang pernah mengikat saya selama 7 tahun sejak 1993 sehingga Disember 2000. Bermalam di Hotel Seri Malaysia dari 25 hingga 28 April kerana terlibat dengan Bengkel Produksi bersama Irwan Ismadi Shahrim, Rosnan Rahman, Lokman Ghani, Jamaludin Md Nor dan Abu Samah Yahya. Sempena Bengkel ini, Rebab Berbisik dijadikan model kepada 30 orang peserta seluruh Pahang.
Rebab Berbisik kali mengalami perubahan apabila segmen tari digantikan dengan Oopera China ysng kebetulan salah seorang guru Opera China menjadi peserta bengkel tersebut. Ada banyak komen yang saya terima. Dan mengikut Dayang Kartini Awang Bujang,Penolong Pengarah JKKN selaku penyelaras Bengkel tersebut, produksi kami akan dibawa ke enam negeri lain untuk dipersembahkan dalam siri bengkel yang sama.
Saya berfikir-fikir, tentu jadual saya semakin padat.

WAWANCARA SOFA PUTIH
Saya menghadiri Wawancara Sofa Putih di PWTC bersama Rosnan Rahman anjuran Institut Terjemahan Negara (ITNM) dengan dipengerusikan Sdr Syed Munawar pada 26 April, jam 12.00 tengah hari. Kami diberikan masa sejam. Walaupun makyung telah diiktiraf UNESCO tetapi pengiktirafan sejak 25 November 2005 itu belum menampakkan kesan untuk benar-benar memulihara dan memartabatkan teater tradisi tersebut oleh pihak yang berwewenang. Berulang kali saya menulis, memodenkan makyung hanya akan memusnahkan tradisi tersebut. Ada soalan daripada khalayak, 'Apakah Makyung kurang diminati kerana unsur mistik di dalamnya, penggunaan dialek Kelantan dan bercanggah dengan nilai Islamik?' Saya dah

Saturday, April 23, 2011
KE PESTA BUKU
Apa yang dicari di Pesta Buku, kalau bukan buku. Tak berhajat dan berminat pun nak dengar ceramah pasal bahasa Inggeris. Jangan cuba-cuba nak tawarkan saya package atau segala macam jenis program bahasa Inggeris. Lain kali, buat pameran khusus.. khas untuk package belajar BI. Ingat buat banyak-banyak Pesta Buku lagi ok daripada buat segala macam hiburan sampah. Buat Pesta Buku-Buku Sekolah, Pesta Buku Kanak-Kanak, Pesta Buku-Buku Agama, buatlah macam-macam boleh buat.
Ramai yang datang, sampai sesak. Tak beli dulu pun tak apa, asal datang cukuplah.

Friday, April 22, 2011
KERTAS KERJA
Pagi semalam saya ada terima panggilan...
"Encik Rahimidin..."
"Iya..saya."
"Boleh encik hantar kertas kerja yang akan dibentangkan lusa. Bos saya suruh minta."
"Kertas Kerja? Kertas kerja hamjadah apa pulak?"
"Iya, kan encik akan bagi bengkel."
"O..bengkel yang memaksa saya..dengan menulis surat kepada atasan saya tanpa menanyakan saya setuju atau tidak? Ada empat slot dengan 2 jam setiap slot yang harus saya isi, dengan empat judul ceramah...dan saya perlu tulis empat kertas yang berbeza...Boleh...saya hantar tahun depan...Kalau nak kertas saya tak akan pergi"
"Tak..apa encik..encik nak sampai pukul berapa?"
"Hotel saya kena masuk hari apa? ceramah saya pagi?"
"Pagi...25..encik masuk pagilah..."
"O..rumah aku dengan tempat bengkel tu...15 minit.."
Sebelah petangnya, saya terima panggilan lagi...
"Encik...nak maklumkan encak masuk hotel 24..hari ahad.."
Dia letak letefon
Saya belum tanya, hotel mana?

Thursday, April 21, 2011
WAWANCARA SOFA PUTIH ITNM
Semalam saya menerima surat jemputan untuk ke sesi "Wawancara Sofa Putih ITNM" di PWTC pada 26 April 2011, jam 12 tengah hari bersama aktor saya, Rosnan Rahman. InsyaAllah saya akan hadir di majlis tersebut. Saya sebenarnya dijadualkan berada di Kuantan, Pahang dari 24 hingga 28 April, tetapi 26 April kena balik KL sekejap untuk acara tersebut. Mungkin ada banyak soalan mengenai buku Makyung: Warisan Mistik Malaysia terbitan ITNM dan mungkin juga tidak ada soalan langsung.
Saya sebenarnya tidak terlibat langsung dengan buku tersebut pada peringkat awalnya. Apabila ada bab yang lompong, saya diminta oleh Sutung Umar RS untuk menulisnya. Saya pun menulislah kerana tidak ada sebab untuk menolak pelawaan Sutung tersebut. Apabila dummy buku tersebut telah siap, tiba-tiba saya diburu oleh editor yang ditugaskan menjadi editor untuk memperbetulkan banyak perkara. Sudahlah editor tersebut tak faham sepatatah haram dialek Kelantan, dia macam mahu mengajar saya yang terlanjur dilahirkan di Kelantan.
Banyak persoalan yang beliau timbulkan kerana kami menulis buku tersebut tanpa sebarang perjanjian dengan pihak yang ingin menerbitkan. Dan saya katakan, puan teruslah berhubung dengan Sutung, kerana itu projek dia dan saya tiada kena mengena. Dia tidak mahu berurusan dengan Sutung dan ingin berurusan dengan saya. Ini lagi mudah, fikir saya. Saya mengakui, saya telah berdosa menyelenggarakan buku tersebut dan tanpa memaklumkan kepada Sutung, saya tarik balik semua tulisan di dalam buku tersebut. Puan carilah penulis lain.
Ceritanya panjang. Malas nak tulis. Saya bawa manuskrip itu ke ITNM, dan entah apa seronoknya ITNM menerbitkan buku itu dalam masa tiga bulan. Kerana ada tiga penulis yang menarik diri, maka tinggal 10 bab untuk buku tersebut. Rupa-rupanya, saya bukan sahaja penyelenggara buku itu bersama Sutung, tetapi 7 dari 10 bab buku tersebut saya yang menulisnya. Cukup. Nanti cerita kat sofa putih!

SEMINAR CETAKAN KESELAMATAN
Apabila ada seminar, saya selalunya dicadangkan untuk hadir. Dan sebenarnya tidak semua seminar saya suka untuk hadir kerana kadang-kadang tak kaitan dengan bidang tugas saya. Dan kalau seminarnya mengenai sastera dan buku, ini tentunya yang saya suka. Semalam saya mengikuti Seminar Cetakan Keselamatan anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside (contoh minda terjajahnya orang Malaysia)di Putrajaya.
Semalam saya memakan habis sambil mengantuk-ngantuk lima pembentangan oleh Khairul Anuar Haji Zakaria (Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Jabatan Perdana Menteri, Razlan Abdullah (Pengurus Bahagian Cetakan Keselematan PNMB, Vincent Bernard dari Oberthur Technologies, Eric christian Italiano dari SICPA Security Solution dan Carole Lee dari Arjowiggins Security.
Kalau selepas ini ada seminar menternak babi atau anjing - iya hantarlah saya.

Tuesday, April 19, 2011
KALAU
Kalau penat membaca, saya menulis. Kalau penat menulis saya membaca. Melepasi usia 43, saya tidak fikir saya akan baca semua buku. Saya hanya membaca buku saya memang telah saya pilih. Dah terlalu tua untuk membaca novel cinta dan menuliskan skrip cinta. Itu sesuai untuk yang sedang dibadai cinta.
Kalau malas, saya tidur. Kalau malas juga, saya tidak pergi kerja. Atau tunggu sahaja panggilan atau sms kawan-kawan yang ajak perkena kopi o atau teh tarik. Kalau tak ada sesiapa membuat panggilan...saya baca kitab.

Monday, April 18, 2011
MENJADI SENIMAN SEJATI...
Saya bukan seniman kerana tidak indie. Seniman sejati harus indie macam A. Latiff Mohidin, Khalid Salleh, Sani Sudin, SM Zakir, Dinsman, Aris Aziz dan segala indie yang lain. Bila indie, kita menjadi bebas untuk menyatakan pendirian peribadi, tanpa terikat dengan organisasi atau institusi. Institusi dan segala macam akta di bawahnya hanya akan menternak pekerja, tanpa melahirkan seniman. Hanya Usman Awang, nampaknya yang berjaya menjadi seniman sejati, meskipun sehingga pencen bekerja di institusi.

Friday, April 15, 2011
PENULIS SKRIP, PENGARAH DAN PELAKON
Di Malaysia, penulis skrip merupakan mahkluk Allah yang paling tidak penting. Tiada nilai komersil berbanding dengan pengarah dan pelakon. Begitu juga antara pengarah dengan pelakon, pelakon yang bertaraf selebriti yang kurang cerdik lebih bernombor wahid berbanding dengan pengarah yang agak cerdik. Tetapi kadang-kadang pelakon yang kurang cerdik itu jugalah ingin menjadi pengarah. Memandangkan dunia teater atau apa sahaja dunia seni di Malaysia tidak memerlukan lesen dan pengiktirafan seperti ingin menjadi seorang doktor perubatan dan lesen kepeguamanan, maka selamat datang kepada sesiapa sahaja yang ingin jadi pengarah. Anda boleh!
Ketiga-tiga entiti manusia - penulis skrip, pengarah dan pelakon mempunyai view yang sama sekali berbeza. Penulis skrip memuntahkan skripnya, dan tanpa skrip tentu tak akan terhasil naskhah pentas yang ingin dipanggungkan. Sekiranya penulis skrip ayng mengarah, paling tidak - tentu dia tahu apa yang ingin dihantarnya kepada khalayak. Sama ada khalayak faham atau tidak, itu hal yang lain lagi. Sebab itulah, apabila saya menulis tanpa disuruh oleh sesiapa, saya akan menulis dari hati saya. Dan apabila saya dipaksa menulis (lebih menisnya arahan dari masa ke semasa), saya akan menulis tentang kebodohan saya.
Di Malaysia, saya ulangi lagi - penulis skrip adalah tidak penting. Anda lihat sahaja dalam mana-mana pementasan teater, nama penulis skrip acap kali ditiadakan. Bahkan nama selebriti yang bertaraf sampah akan lebih besar dari nama pengarah pementasan itu sendiri. Iya, kerana nama pengarah tidak laku untuk dijual kepada khalayak ketimbang nama selebriti sampah. Dan inilah sebenarnya barah yang memusnahkan teater Melayu. Dinsman pernah menyebutkan, banyak kumpulan tater amatur di seluruh tanah air mengambil karyanya, mementaskan dan tanpa memaklumkan kepada beliau. Apalagi untuk dibayar sedikit imbuhan saguhati.
Penulis skrip teater tidak pernah penting berbanding dengan orang Barat menghargai para dramawannya. Shakespear, Anton Chekov, Samuel Beckett, Harold Pinter dan lain-lain pengarah dan pelakon yang pernah melakonkan karya mereka sudah lama dilupakan. Tetapi skrip karya mereka terus hidup dan dipentaskan.
Saya secara peribadi melihat dan menilai kembali Rebab Berbisik dari kaca mata saya yang kononnya sebagai penulis skrip dan pengarah. Walaupun barangkali itulah kerja pengarahan saya yang pertma dan terakhir di IB. Kerana saya sesusungguhnya tidak pernah berminat untuk mementaskan karya di tempat saya bertugas sebagai Pengurus Panggung.
Dari jejambat atas Lambang Sari,atau dari sudut kanan saya menonton RB setiap kali pementasan berlangsung dari 8-11 April. Dari awal sehingga akhir. Ramai yang merah mata dan sebak. Riuh rendah hilai dan gelak ketawa. Cuma saya tidak pernah menangis dan tidak pernah ketawa sepanjang pementasan RB berlangsung. Dan saya ingin merenungi kembali segala kekurangan dan kelemahan dalam pementasan tersebut. Saya jarang syok sendiri dalam kerja-kerja seni saya.
Sebagai pengarah, walaupun terdapat sebahagian penonton terkesan dengan Rosnan Rahman, tetapi Rosnan masih perlu berkreasi - ketuaan Paksu belum cukup untuk menghantar makna jiwa Paksu yang sebenarnya. Rosnan belum mengenal Paksu. Sekiranya beliau mengenal dan keluar masuk dari dalam jiwa Paksu, maka dia benar-benar akan menjelma menjadi Paksu yang Paksu. Saya masih melihat Paksu sebagai Rosnan.
Dan saya membayangkan nyanyian dan gesekan rebab Pak Ibrahim yang meruntun seluruh jiwa dan kalbu khayalak, tetapi Rosnan belum sempurna untuk memberikan keluruhan jiwanya kepada gesekan Pak Ibrahim Senik. Dia hadir dalam nostalgianya yang selapis, bukan membuka lapisan demi lapisan. Dia keletihan kerana memaksa dirinya untuk menanggung beban sebagai Paksu. Paksu itu sendiri watak sinikal yang menyindir dan mencerca segalanya yang kemarahan penulis naskhahnya. Paksu macam kenal penulis naskhah RB, dan kadang-kadang dia langsung tidak mengenalinya. Dia terbias dan terbabas.
Rintihan Paksu, adalah air mata dan ratapan untuk keseluruhan dunia kesenian dan keseniman di Malaysia. Makyung dan Paksu hanya tidak lebih sebagai kain sarung untuk membungkus dan melindungi tokak dan kudis. Tetapi nampaknya, hantaran itu terselindung di sebalik sarung, kerana khalayak lebih teruja kepada slapstik, bukan merenungi patah demi patah ucap yang dilontarkan oleh Paksu. Paksu hanya alat dan bahantara kepada penulis skrip dan pengarah berkongsi masalah.
Malam terakhir, babak Mimi - itulah malam persembahan yang paling lemah dan buruk. Lemah kerana pemain teruja dengan usikan penonton. Pemain asyik dengan khalayak, bukan asyik dengan naskhah. Dan ini merupakan kecatatan yang besar pada seorang pelakon pentas. Saya tidak ingin menganggkat pondan - kerana pondan tak pernah dibawa ke pentas. Cukuplah para pondan itu berada di dalam dunia mereka dan kelompoknya. Saya tidak menghina mereka, tetapi kalau itu yang dianggap berjaya oleh khalayak, maka berdosalah saya kali ini kerana telah terlanjur memindahkan dunia yang bukan dunia saya.
Saya percaya menjadi pondan itu pedih - kerana itu bukan pilihan tetapi keterpaksaan. Dan Mimi seharusnya menjadi pondan yang sombong dan bernilai mahal, dan bukannya pondan murahan yang memberikan reaksi yang selapis. Sekiranya Mimi lebih sombong dan menjual mahal, saya percaya dia akan lebih bertenaga dan terserlah kehebatannya yang sebenarnya sebagai pelakon pentas.
Kenapa ustaz Azri begitu biadap dengan Paksu? Paksu itu ayahnya sendiri? Walaupun tekad dan ternyata dia berterus terang, tetapi wajar begitukah bahasa manis seorang anak dengan ayah? Hal itu saya pulangkan kepada khalayak. Kadang-kadang orang telah menutup pemikirannya dalam tempurung dan kembali menjadi katak. Lainlah pula dengan liberalisme dan pluraslisme. Selebihnya, si pondan Mimi itulah penanggung pusaka dan wasiat Paksu. Tetapi kenapa pula Paksu dimatikan oleh penulis skripnya? Kenapa Paksu tidak dibiarkan hidup dan Mimi sempat balik ke Tumpat dan memohon ampun dan maaf kepada Paksu?
Sebuah naskhah hanya akan tinggal sebagai naskhah, tanpa pelakon dan pengarah yang membawanya ke pentas.

Thursday, April 14, 2011
ASAM GARAM KEHIDUPAN
Saban hari kita ditemukan dengan pelbagai peristiwa. Apabila manusia itu bernama manusia, maka dia harus mengalami pelbagai peristiwa, pahit manis, pedih sengsara atau duka nestapa. Semua itu harus ditempuhi dengan tabah dan tenang. Terpulang kepada darjah kesabaran dan tahap keimanan seseorang tersebut. Di luar batas kesabaran dan keimanan, maka caci cerca dan carut marut juga peluncuran kata yang sering kita dengari.
Di mana-mana organisasi umpamanya, kita akan bertemu dengan seribu wajah wanusia mengikut berapa ramai jumlah kaki tangan yang bernaung di institusi tersebut. Sekiranya terdapat 300 orang, maka akan terbitlah 300 perangai, sikap dan tingkah laku yang berbeza. Ada 300 kebaikan dan ada 300 keburukan.
Ada yang hanya pandai bercakap dan menjatuhkan hukum kepada oarng lain, tetapi kerjanya sendiri tidak pernah dibuatnya. Ada yang belum confirm jawatan, tetapi sudah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang kerana kepakarannya sebagai 'wing engineering' kepada bosnya. Ada yang 19 tahun berkerja tetapi tidak pernah memperolehi APC. Ada yang tikam kawan dari belakang dan bermuka-muka. Ada ayam yang telurnya sebiji riuhnya satu negeri. Ada yang pijak dan henjak kepala orang lain kerana ingin melompat ke atas. Dan ada beribu-ribu kerenah yang tidak mampu untuk dicatatkan.
Itulah setiap kali isteri saya mengadu (meluahkan perasaan kerana tiada siapa lagi yang ingin diluahkan, maka saya renungi ke dalam matanya. "Itulah asam garam kehidupan. Kita tak perlu tidur dalam perut semua orang. Dan kita tidak usah memusuhi sesiapa. Kalau kita dibenci dan dimusuhi, belajarlah daripadanya untuk kita mengasihi dan mencintai."

Wednesday, April 13, 2011
SAYA BUKAN...
Saya bukan pejuang teater, kerana saya tidak pernah berjuang untuk itu. "Saya dapat rasakan, jika bukan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, teater Melayu boleh mati kerana tiada generasi baru yang mahu mempelajarinya." Itu kenyataan yang tidak tepat. Itu antara sebab saya sangat tidak berminat untuk ditemubual. Kenyataan itu seperti saya memdabik dada, walhal saya tak pernah menyebut diri saya. Saya selalu sebut saya bukan orang teater. Tak percaya baca entri saya sebelum ini.
Saya selalu sebut, teater Melayu telah mati dan tak ada masa depan! Itu benar kenyataan saya. "...teater Melayu boleh mati kerana tiada generasi baru yang mahu mempelajarinya." Itu juga bukan kenyataan saya. Saya tak sebut begitu. Yang saya sebut, teater diajar di universiti dan menjadi subjek wajib bagi yang major dalam teater, tetapi kenapa tiada skrip baru dan tidak lahir tokoh baru?

Tuesday, April 12, 2011
REBAB BERBISIK (iii)
RB pun berakhir malam tadi. Uwei Hajisaari, Mior Hashim Manap, A. Wahab Hamzah, Fauziah Nawi, Rosminah Tahir, Hamzah Tahir, Zaifri Hussin, Wan Maimunah dan ada ramai lagi orang teater dan filem yang hadir. Yang saya nampak beberapa penonton malam sebelum seperti Raja Azmi dan Roslin Hashim datang lagi menonton. Ada yang tergelak sampai hentak-hentak kaki. Cuma saya yang tak pernah gelak sejak malam pementasan yang pertama. Saya tak pandai nak gelak. Ramai yang suka dengan persembahan malam tadi, tetapi terbalik saya pula malam tadi paling saya tak suka. Dan ada kawan saya datang khas dari Kelantan dan ambil hotel Grand Season kerana nak tengok RB. Terkejut saya dengan beliau ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan untuk pementasan kali ini. Paling penting penerbit yang pertama kali mementaskan teater telah mengusahakan sumbangan RM2,000 seorang untuk 4 tokoh veteren makyung. Hanya itulah yang kami mampu lakukan untuk kali ini.
Mangsa terakhir yang kena tarik malam tadi, Uwei Hajisaari. Nampaknya RB telah mengheret beberapa selebriti ke pentas Lambang Sari.

Monday, April 11, 2011
REBAB BERBISIK (ii)
Malam tadi persembahan ke 4 dan malam ketiga. Malam ini merupakan malam terakhir untuk siri kali ini. Persembahan pertama Sabri Yunus yang kena tarik, persembahan kedua Hj Mohamed Yussop Ishak, persembahan ketiga (penonton yang tak dikenali) dan malam tadi Roslin Hashim, pemain badminton negara yang kena tarik. Entah malam ini nasib siapa, terpulanglah kepada Rosnan.
Persembahan ketiga menghadirkan tokoh teater Zakaria Ariffin, dan sarjana Russia, Dr. Victor Pogadaev. Juga Dr. Shahrul Lail Sujak, doktor perubatan yang meminati seni. Arkitek yang mereka bentuk Istana Budaya, Muhamad Kamar Yaacob hadir dengan isterinya.Sms beliau elok saya petik: "Thank you. We enjoyed ourselves. Ending macam abrupt and anti cimax tadi. Ingatkan ada lagi.My wife think kalau highlight tengkolok makyung as ending sure lagi touching." Dan kawan saya ini membuat promosi Rebab Berbisik kepada kawan-kawannya yang lain. Malam tadi dia sms lagi: "Dah inform my friend. U should bring the show on tour to other part of Malaysia."
Malam tadi selain Tengku Amalin Putri, CEO ITNM Tuan Khair Ngadiron, tokoh teater yang hadir Prof. Dr. Hatta Azad Khan. Manakala sahabat saya SM Zakir, Ridzuan Harun, Lutfi Ishak dan Rebecca Ilham. Mungkin ada lagi lagi kawan-kawan yang saya tak nampak. Diadakan majlis ringkas penyampaian cek kepada empat tokoh veteran makyung oleh Tengku Amalin Putri kepada Abdullah Hamat@Daud, Tuan Kechik Tuan Yeh, Haminah Hussin dan Ibrahim Senik sebanyak RM2,000 seorang. Sewaktu minum selepas persembahan, Dr. Hatta menyebutkan show RB perlu dibawa ke negeri-negeri. Saya nyatakan saya dah bawa ke beberapa negeri sebagaimana catatan sebelum ini. Itu pun dengan inisiatif Haji Yussop Ishak, Shahrul Rizal Hashim dan Rusdi Abdul Rahman.
Saya berfikir-fikir, eloklah selepas ini, saya istiharkan tidak akan terlibat lagi untuk mementaskan teater.

Sunday, April 10, 2011
TEMUBUAL
Malam tadi selepas persembahan Rebab Berbisik, saya ditemubual oleh wartawan TV. Acara yang paling saya tak suka, dok kat depan jawab soalan wartawan. Saya bukan artis, bukan selebriti. Tapi kerana nak jaga hati pelakon saya, saya tampil jugalah.
Dah tak ingin sombong-sombong dah. Tapi maaflah kalau tersombong juga sikit-sikit. Tanya soalan, saya jawab apa yang nak saya jawab. Soalan yang ditanya, "Bagaimana cara nak menarik golongan muda menonton teater?" Saya tak suka soalan itu kerana itu ada institusi khusus yang dibayar gaji untuknya. Saya jawab teater Melayu malap selepas zaman Noordin Hassan dan kawan-kawannya.
Wartawan itu macam sedar saya tak jawab soalan. Dia mengulangi lagi soalan yang sama. Kali ini sombong saya semakin nyata, "Saya penyair, bukan orang teater, bukan pengarah dan penulis skrip terkenal. Saya tak buat muzikal yang membolehkan orang jadi terkenal. Tanggungjawab saya buat teater, itu pun kalau ada orang nak tengok. Tak nak tengok pun tak apa-apa. "

Saturday, April 9, 2011
REBAB BERBISIK
Pementasan Rebab Berbisik sedang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya bermula malam tadi. Tiket telah habis terjual mengikut penerbit persembahan. Jadi, saya tak ambil tahu siapa yang beli dan siapa yang tak sudi beli. Rebab Berbisik sebenarnya telah 12 kali dipentaskan. Bermula di Stor DBP, kemudian dibawa ke DBP Cawangan Timur sebanyak 2 kali, USM Pulau Pinang dan Perpustakaan Awam Kuala Terengganu.Semua pementasan itu dibawakan oleh DBP Wilayah Timur. Kemudian dibawa oleh Cikgu Supian ke SMK Teknik Bentong, dan di Taman Budaya Melaka oleh DBP Wilayah Selatan. Pelakon dan pemuzik yang sama pernah juga ke Frankfurt, Jerman oleh ITNM.
Persembahan kali ini akan berlangsung dari 8 hingga 11 April jam 8.30 malam. Malam tadi SN Datuk A. Samad Said, Sutung Umar RS, Khalid Salleh, Sabera Shaik, Sabri Yunus, dan Kamarul Hj Yusof ...yang saya nampak. Mungkin ada kawan-kawan teater yang lain yang saya tak nampak. Saya ingin kongsikan sms SN Datuk A. Samad Said: "Kami sangat berbangga. Teks seni yang sungguh bererti. Tahniah abang dan ibu kepada Rosnan juga" - a. samad said dan rashidah md dahan.
Apa pun terima kasih kepada semua.

Friday, April 8, 2011
TEATER MELAYU - Mencari Masa Depan?
Teater Melayu sebenarnya berkembang di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika badan itu ditadbir dan diurus oleh orang-orang yang berakal. Kementerian Kebudayaan ketika itu pun tidak terlawan dengan kesungguhan DBP menghidupkan teater. Manakala teater kecil pula dimulakan oleh Anak Alam. DBP sekarang yang tinggal hanya Setor Teater dan A. Wahab Hamzah.
Tidak pasti sama sekali tentang masa depan teater Melayu. Tambahan pula saya bukanlah ahli nujum. Bukan juga sarjana yang mengajar dan mengkaji teater, tetapi sehingga pencen gagal melahirkan tunas baru untuk memeriahkan teater. Teater Melayu pada saya amat pesimis. Hampir tak ada penggiat yang serius, penulis skrip, kumpulan teater yang ingin buat teater kerana teater menjadi darah dagingnya, dan tiada kumpulan yang mantap. Zaman 70-an teater Melayu berkembang dengan kumpulan dan tokohnya. Teater sekarang, apa yang ada?
Ketika hampir semua universiti awam ada kursus teater, tetapi tak lahir juga skrip yang baik dan karyawan yang bagus, itu tandanya apa? Guru kencing berdiri, murid mengencingi guru. Itu kata Taufiq Ismail, bukan kata saya.
Optimislah sikit, jangan dok pesimis 24 jam, kata kawan-kawan saya. Tanpa karya yang ditinggalkan oleh generasi Noordin Hassan, Syed Alwi, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar, Zakaria Arifin, Khalid Saleh, Hashim Yasin, Anuar Nor Arai, Abdulaziz HM, Wan Ahmad Ismail, Marzuki Ali dan beberapa kerat itu - teater Melayu sebenarnya dah mati!

Thursday, April 7, 2011
TEATER MELAYU - Sedar Diri dan Sedar Ruang
Seperti dunia seni yang lain, dalam dunia Teater Melayu sesiapa pun boleh datang dan boleh pergi untuk tidak lagi datang-datang. Teater sebenarnya harus dikerjakan oleh orang teater, barulah ia akan menjadi sebuah teater. Tetapi tidaklah menjadi suatu kesalahan sekiranya seorang tukang kebun juga ingin ikut sama buat teater. Buatlah. Ini perkembangan yang baik, dan kita harus menyokongnya.
Tetapi sekiranya, kita ini sedar diri dan sedar ruang, kita akan berbuat sesuatu itu dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Kita tidak akan berbuat sesuatu yang tidak mampu kita buat. Seperti pelakon yang sedar diri sewaktu berada di pentas dan sedar ruang untuk menapak, maka seorang harus pastikan dia tidak memilih bidang yang salah.
Kita tidak mungkin menjadi hebat dan besar dalam semua bidang yang kita ceburi. Bersyukurlah dengan bakat yang sedikit, dan manfaatlah untuk kebaikan. Dan saya termasuk yang tak sedar diri dan sedar ruang tersebut?

Wednesday, April 6, 2011
TEATER MALAYSIA HARI INI
Teater Malaysia hari ini di Kuala Lumpur atau mana-mana ibu negeri di Malaysia tetap berlangsung. Cuma buku skrip yang menampilkan karya baru hampir tidak ada. Yang ada hanya pengulangan persembahan dengan mengangkat skrip lama yang sedia bercetak. Skrip kadang-kadang dirompak begitu sahaja tanpa memaklumkan kepada penulis, apalagi untuk dibayar royaltinya. Teater Melayu hampir tiada kumpulan profesional. Yang ada hanya teater amatur, itu pun ditubuhkan untuk menyertai festival atau pertandingan tertentu. Lepas itu diam, tunggulah tahun depan atau tahun satu lagi.
Kumpulan Teater Ingeris, kononnya ada banyak. Itu teater Inggerislah, bukan teater Melayu. Biarlah mereka itu kerana mereka lebih orang putih daripada orang putih sendiri. Tetapi apabila masuk dalam dunia teater Melayu, mereka buat teater orang putih juga dengan memberikan baju Melayu. Tetapi tetaplah orang putih walaupun cuba-cuba mengucap syahadah, tetapi telor lidahnya tetaplah telor. Dan orang putih, almaklumlah, walaupun buat teater Melayu, meski tetap orang putih jua. Jiwanya memang penjajah, dalam teater pun ingin dijajahnya juga.
Orang buat teater sekarang kerana inginkan keuntungan. Hoi, ada sesiapa yang tak nak untung? Tempel ajalah skrip, tak mengapa - kolaj pun kolajlah. Asal boleh jual. Ambillah mana-mana selebriti yang suam-suam kuku, longgok kat pentas. Atau kalau orang pertama kali datang ke teater, selepas itu tak ingin datang-datang lagi kerana menyampah dengan teater kita, itu hal yang lain lagi. Buat teater itu untuk apa sebenarnya?
Saya buat teater kerana ingin buat teater. Suka-suka. Boleh mengata-gata. Tidak disuruh oleh sesiapa. Dan tidak dilarang pula. Jadi saya buatlah apa yang ingin saya buat, sebelum saya bosan. Kalau saya bosan tentunya saya tak akan buat apa-apa. Saya balik rumah, saya tidur. Esoknya saya tulis puisi. Teater Malaysia, ingin ke mana engkau, agaknya?

Tuesday, April 5, 2011
TEATER SERIUS?
Apabila ada teater serius, tentunya akan ada teater main-main. Teater serius, orang tak datang tengok, sebab malas sangat dah nak berfikir. Kat opis berdepan dengan rutin kerja. Jadi lebih baiklah tengok teater yang main-main, kita boleh rilek, boleh tidur, boleh jawab sms sambil menonton teater. Tak perlu fikir sangat. Otak dah sendat. Dah sakit pun. Biarlah ceritanya ada mesej atau takda, itu juga tak penting. Tak perlu fikir. Kita ingin santai, ringan dan hiburan. Kalau panggung tempat kita hadir untuk menonton itu mempunyai etika pakaian, kita pun jarang pedulikan. "Kan kita bayar tiket!"
Seniman Negara Datuk Syed Alwi, dan Dr. Anuar Nor Arai dah pun berpulang. Dua orang tokoh teater Malaysia yang menghasilkan karya serius. Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan juga sudah menjejaki 82 tahuh usianya. Sudah uzur sangat dah. Sesekali dia menelefon dan menyatakan ingin menulis kembali. Tetapi ingatan dan tenaga yang berbaki amat lemah untuk terus menarikan pena. Karya-karya serius mereka tersimpan dalam bentuk buku dan manuskrip. Dan itulah nampaknya khazanah yang akan ditinggalkan oleh mereka kepada anak cucunya. Saya rapat dengan tokoh-tokoh ini melalui Sutung Umar RS.
Begitulah juga dengan Dinsman. Che Shamsudin Othman, nama sebenarnya. Saya belajar dramanya Di Pulau Sadandi dalam buku Drama Tiga Zaman selenggaraan Zakaria Ariffin sewaktu saya di tingkatan 4. Saya mengenalinya kemudian juga melalui Sutung Umar RS. Saya pernah diserahkan skrip Siapa Takutkan Amerika? oleh Dinsman lebih 7 tahun tahun yang lalu. Saya teruja dan amat menyukai skrip tersebut. Sebuah skrip yang serius dan memerlukan kos perbelanjaan yang tidak sedikit kalau ingin dibawa ke pentas. Saya pernah serahkan salinan skrip tersebut kepada orang yang mempunyai wibawa dalam bidangnya. Tetapi kerana nama penulisnya Dinsman, maka susahlah untuk saya menerima jawapan.
Dinsman, orang teater tulen. Dia serius. Jarang ketawa. Dan bila ketawa, ketawanya luar biasa. Sampai kini skripnya Siapa Takutkan Amerika? tinggal dalam bentuk skrip. Kerana dia orang teater, maka dia tetap buat teater. Dia pentaskan Dari Medan Perang dan Menunggu Kata Dari Tuhan. Drama pertama menampilkan Rohani Yuosoff dan Azhan Rani. Manakala drama kedua menampilkan Sabri Yunus dan Sani Sudin. UUM kemudian memberikannya Sarjana Kehormat selaku anak Kedah dan orang teater serius yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia teater. Bukan Bunuh Diri, Protes, Ana, Di Pulau Sadandi, Projek Izie dan lain-lainnya menjadikan Dinsman sebagai tokoh teater serius.
Kebetulan ketika pemidato yang akan ditulis untuknya, saya dan Sutung ikut sama berada di Hotel Quality, Jalan Raja Laut untuk memberikan penjelasan lisan tentang lain-lain pengelibatan dan penulisannya yang tertinggal. Tentunya Sutung kawan baiknya lebih tahu tentang Dinsman kerana mereka berdua yang menghidupkan Teater Elit. Dan Sutung juga menulis tesis Sarjana Mudanya dengan mengkaji "Diri dan Manusia dalam Ana karya Dinsman".
UUM tidak menilai Dinsman sebagai orang oposisi, tetapi menilainya sebagai seniman tulen. Dan idealisme seniman tidak boleh dijual beli.

Monday, April 4, 2011
LAGI-LAGI MUZIKAL
Apabila mementaskan sesebuah teater, apakah elemen penting yang ingin disampaikan kepada khalayak? Hiburan murahan atau hiburan kelas tinggi? Dan ada kawan saya menjawab, murahan untuk yang kelas rendah dan tinggilah untuk yang berfikiran tinggi. Ada soalan yang diajukan kepada saya, mana satu muzikal yang anda suka dan terbaik di Malaysia? Secara jujur, saya tak suka muzikal. Saya tak suka orang menyanyi buat-buat.
Skrip muzikal terbaik masih Muzikal Uda dan Dara, cuma yang tak baik sewaktu dipentaskan di IB, pengarahnya tidak tahu apa yang ingin diangkat ke pentas. Pementasan kali ini gagal mengangkat citra Usman Awang. Menjadikan pementasan tersebut gagal. Pemilihan pelakon yang tidak boleh berlakon. Kalau tidak menemankan seorang kawan baik, maka saya akan keluar dari panggung. Entahlah set Uda dan Dara bercinta dalam pokok getah atau hutan balak? Pentas menjadi kosong sekosongnya.
Teringat pula teater sebelumnya, apabila pelakon yang berperan jahat itu marah-marah maka diludah-ludahnya kemarahan dirinya. Berkali-kali ludahan itu jatuh atas pentas. Dan ini pada saya jenis pengarah yang tak ada masa depan dalam teater Malaysia.
Muzikal Puteri Gunung Ledang antara muzikal Barat yang paling baik sehingga kini yang dipentaskan di IB. Cuma saya tak suka apabila Puteri Gunung Ledang yang gilakan Hang Tuah itu meninggalkan negerinya belayar, lalu duduk di atas Gunung Ledang. Entah mimpi apa yang merasuk penulisnya. Tapi sebuah karya sastera oklah kot. Kalau saya yang menulis, tentunya juga saya akan tulis apa yang ingin saya tulis. Lupakan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Lat Kampung Boy sebuah muzikal, macam mana? Sama saja. Macam saya pergi melancong ke negeri orang putih. Orang Melayu yang ingin jadi Barat atau orang Barat yang ingin jadi Melayu? Kampung Boy mestilah kampung boy. Salji pun turun. Lat teruja sungguh di tengah-tengah 'Kampung Melayu' di London. Seperti Lat, saya juga pelancong. Iya sekadar ingin pergi melancong walaupun saya tidak memperolehi apa-apa sepanjang pelancongan tersebut. Saya terlupa sungai tempat saya mandi, saya terlupa upeh pinang buat menarik kawan-kawan. Saya masa kini sebahagian daripada masa lalu. Saya hanya sekadar orang Barat yang datang melancong ke Malaysia. Itulah nampaknya kesan saya. Saya tak seronok seperti saya baca kartun Lat.
Perlu ingat juga, tidak semua yang hadir menonton teater itu, faham akan inti dan makna yang ingin disampaikan melalui teater yang ditontonnya. Sepertilah juga dengan pengarah-pengarah palsu dalam teater. Mereka terjun dari kayangan dan angkasa raya seperti dewa yang ingin menyelamatkan teater Melayu yang sedang nazak dan di hujung nyawa. Dan begitulah muzikal demi muzikal, belum mampu untuk menyembuhkan luka parah teater Melayu.

Friday, April 1, 2011
TEATER MELAYU
Malam tadi saya menonton Muzikal Lat Kampung Boy secara tak sengaja. Sebelum malam tadi, teater terakhir yang saya tonton Someone Who'll Watch Over Me karya Frank McGuinness di The Actors Studio@Lot 10 arahan Joe Hasham. Kami sebenarnya diserahkan skrip ini supaya memberi penilaian kerana kononnya teater tersebut bertentangan dengan akidah Islam, bahkan menghina Islam kerana di dalam sel tahanan itu hanya ada sebuah Al-Quran dan sebuah Injil. Saya menulis laporan dengan menyokong teater tersebut supaya dipentaskan. Saya memberikan alasan Waiting For Godot karya Samuel Becket yang lebih daripada itu pun dipentaskan berkali-kali di Malaysia oleh mahasiswa universiti pula.
Saya dianggap tidak faham dengan skrip tersebut. Tetapi saya tahu, saya lebih faham daripada orang yang menilai saya sebagai tidak faham. Mereka tidak pernah tahu major saya dalam bidang teater, dan salah satu subjek wajib saya adalah Sejarah Teater Barat. Kerana saya yang mencadangkan supaya skrip itu diluluskan untuk pementasan, maka saya hadir untuk menontonnya. Dan ternyata, skrip dan lakonannya amat mengesankan. Tetapi itu teater Inggeris, bukannya teater Melayu.
Saya sering menunggu untuk menonton Teater Melayu yang serius, tetapi sayangnya perkembangan teater mutakhir kita, tidak lagi melahirkan bakat baru yang menjanjikan dalam dunia teater Melayu. Satu waktu yang lain beberapa tahun lepas, saya minum di cafe Istana Budaya, dan saya mendengar Pak Kalam Hamidi menyalahkan generasi Dinsman, Hatta Azad Khan dan Johan Jaffar yang menyebabkan teater Melayu kehilangan khalayak. Begitu juga Malina Manja (Bidin Subari) juga kurang menyenangi kelahiran generasi Dinsman yang mereka anggap telah mengurangkan khalayak kepada teater Melayu.
Saya menilai dan membaca kembali teater Melayu dari zaman Shaharom Hussain, Kalam Hamidi, Kala Dewata, Syed Alwi, Usman Awang, Noordin Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar, Zakaria Ariffin, Abdul Aziz HM, Hashim Yasin, Anuar Nor Arai, Khalid Salleh, Mana Sikana, Marzuki Ali, dan Wan Ahmad Ismail. Saya gagal menemukan karya-karya besar dan serius yang ditulis dan dipentaskan selepas tahun 2000 kecuali Keris oleh Syed Alwi dan Menunggu Kata dari Tuhan oleh Dinsman. Barangkali itulah nasib teater Melayu.
Ku Seman berkali-kali menulis di kolum Getar Seni, tentang tidak senangnya beliau kepada pelbagai jenis muzikal. Untuk sesetengah muzikal, saya sebenarnya mengambil sikap saya sama, bahkan saya lebih daripada itu. Ada muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya, yang bukan sahaja meloyakan saya, tetapi telah sampai ke tahap memuntahkan. Saya jarang bergelak ketawa apabila menonton teater. Saya ingin mendengar dan merenung setiap patah kata yang diucapkan oleh pelakonnya sebagaimana pentingnya setiap patah perkataan dalam skrip drama Noordin Hassan.
Malam tadi pun saya tidak tergelak sedikit pun, kerana saya penonton teater, bukan hadir untuk berhibur melepaskan duka nestapa. Saya dilatih untuk menonton dan menghayati teater serius. Kalau untuk berhibur, memang saya perlukan persembahan badut atau lawak bodoh pun tidak mengapa. Ketika itu saya akan ketawa semahunya. Teater Melayu hari ini diteruskan oleh beberapa kerat yang bergiat. Tetapi sayangnya, mereka tiada karya, mereka semata-mata sebagai aktivis dan seronok untuk menjadi pengarah teater.
Zakaria Ariffin sudah lebih 10 tahun tidak mengarah teater. Hatta Azad Khan pun kalau tidak silap saya arahan terakhirnya Tanah Air Api Angin? Hanya Dinsman yang kembali dengan Tamu Dari Medan Perang dan Menunggu Kata dari Tuhan. Johan Jaaffar memiliki Asiah Samiah yang belum dipentaskan, dan Syed Alwi meninggalkan sebuah karya besar yang wajar dipentaskan Melaka Menjelma selepas Keris.
Selebihnya saya memang menunggu untuk menonton teater serius daripada buah akal pemikiran generasi muda teater Malaysia. Tetapi kalau tidak ada, barangkali itulah nasib teater Melayu. Dan rintihan Ku Seman itu wajar sama sekali.