Wednesday, April 6, 2011

TEATER MALAYSIA HARI INI

Teater Malaysia hari ini di Kuala Lumpur atau mana-mana ibu negeri di Malaysia tetap berlangsung. Cuma buku skrip yang menampilkan karya baru hampir tidak ada. Yang ada hanya pengulangan persembahan dengan mengangkat skrip lama yang sedia bercetak. Skrip kadang-kadang dirompak begitu sahaja tanpa memaklumkan kepada penulis, apalagi untuk dibayar royaltinya. Teater Melayu hampir tiada kumpulan profesional. Yang ada hanya teater amatur, itu pun ditubuhkan untuk menyertai festival atau pertandingan tertentu. Lepas itu diam, tunggulah tahun depan atau tahun satu lagi.

Kumpulan Teater Ingeris, kononnya ada banyak. Itu teater Inggerislah, bukan teater Melayu. Biarlah mereka itu kerana mereka lebih orang putih daripada orang putih sendiri. Tetapi apabila masuk dalam dunia teater Melayu, mereka buat teater orang putih juga dengan memberikan baju Melayu. Tetapi tetaplah orang putih walaupun cuba-cuba mengucap syahadah, tetapi telor lidahnya tetaplah telor. Dan orang putih, almaklumlah, walaupun buat teater Melayu, meski tetap orang putih jua. Jiwanya memang penjajah, dalam teater pun ingin dijajahnya juga.

Orang buat teater sekarang kerana inginkan keuntungan. Hoi, ada sesiapa yang tak nak untung? Tempel ajalah skrip, tak mengapa - kolaj pun kolajlah. Asal boleh jual. Ambillah mana-mana selebriti yang suam-suam kuku, longgok kat pentas. Atau kalau orang pertama kali datang ke teater, selepas itu tak ingin datang-datang lagi kerana menyampah dengan teater kita, itu hal yang lain lagi. Buat teater itu untuk apa sebenarnya?

Saya buat teater kerana ingin buat teater. Suka-suka. Boleh mengata-gata. Tidak disuruh oleh sesiapa. Dan tidak dilarang pula. Jadi saya buatlah apa yang ingin saya buat, sebelum saya bosan. Kalau saya bosan tentunya saya tak akan buat apa-apa. Saya balik rumah, saya tidur. Esoknya saya tulis puisi. Teater Malaysia, ingin ke mana engkau, agaknya?

No comments:

Post a Comment