Thursday, April 7, 2011

TEATER MELAYU - Sedar Diri dan Sedar Ruang

Seperti dunia seni yang lain, dalam dunia Teater Melayu sesiapa pun boleh datang dan boleh pergi untuk tidak lagi datang-datang. Teater sebenarnya harus dikerjakan oleh orang teater, barulah ia akan menjadi sebuah teater. Tetapi tidaklah menjadi suatu kesalahan sekiranya seorang tukang kebun juga ingin ikut sama buat teater. Buatlah. Ini perkembangan yang baik, dan kita harus menyokongnya.

Tetapi sekiranya, kita ini sedar diri dan sedar ruang, kita akan berbuat sesuatu itu dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Kita tidak akan berbuat sesuatu yang tidak mampu kita buat. Seperti pelakon yang sedar diri sewaktu berada di pentas dan sedar ruang untuk menapak, maka seorang harus pastikan dia tidak memilih bidang yang salah.

Kita tidak mungkin menjadi hebat dan besar dalam semua bidang yang kita ceburi. Bersyukurlah dengan bakat yang sedikit, dan manfaatlah untuk kebaikan. Dan saya termasuk yang tak sedar diri dan sedar ruang tersebut?

5 comments:

  1. aii pelik hari-hari minggu ni kerja dok tutuh 'orang' teater saja hehehe.
    ambil tulisan ni buat nota editor atau kolum selasar pawana. Buleh?

    ReplyDelete
  2. syeikh,
    dunia teater di tanah Melayu tidak sama dengan dunia 'teater padang mahsyar'. dunia teater kita penuh dengan onar 'bahasa tubuh' dan perlukah dimuzikalkan walaupun bukan teater muzikal?
    Sesekali ke IB, stor teater DBP, panggung budaya atau mana2 panggung eksperimen; yang saya temui hanya 'onar bahasa tubuh' dalam sebuah pementasan.
    Mungkin sudah sampai waktunya, dunia teater kita kembali ke akar 'teater padang mahsyar'.

    Takbir!

    ReplyDelete
  3. Benua, ni tengah buat teater kena bercakap pasal teaterlah.

    ReplyDelete
  4. Ji,
    teater padang mahsyar itu selepas mati. semua akan mengalaminya. semua agama lain selain Islam, semuanya akan menjadi kayu api pembakar...

    ReplyDelete