ASAM GARAM KEHIDUPAN
Saban hari kita ditemukan dengan pelbagai peristiwa. Apabila manusia itu bernama manusia, maka dia harus mengalami pelbagai peristiwa, pahit manis, pedih sengsara atau duka nestapa. Semua itu harus ditempuhi dengan tabah dan tenang. Terpulang kepada darjah kesabaran dan tahap keimanan seseorang tersebut. Di luar batas kesabaran dan keimanan, maka caci cerca dan carut marut juga peluncuran kata yang sering kita dengari.
Di mana-mana organisasi umpamanya, kita akan bertemu dengan seribu wajah wanusia mengikut berapa ramai jumlah kaki tangan yang bernaung di institusi tersebut. Sekiranya terdapat 300 orang, maka akan terbitlah 300 perangai, sikap dan tingkah laku yang berbeza. Ada 300 kebaikan dan ada 300 keburukan.
Ada yang hanya pandai bercakap dan menjatuhkan hukum kepada oarng lain, tetapi kerjanya sendiri tidak pernah dibuatnya. Ada yang belum confirm jawatan, tetapi sudah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang kerana kepakarannya sebagai 'wing engineering' kepada bosnya. Ada yang 19 tahun berkerja tetapi tidak pernah memperolehi APC. Ada yang tikam kawan dari belakang dan bermuka-muka. Ada ayam yang telurnya sebiji riuhnya satu negeri. Ada yang pijak dan henjak kepala orang lain kerana ingin melompat ke atas. Dan ada beribu-ribu kerenah yang tidak mampu untuk dicatatkan.
Itulah setiap kali isteri saya mengadu (meluahkan perasaan kerana tiada siapa lagi yang ingin diluahkan, maka saya renungi ke dalam matanya. "Itulah asam garam kehidupan. Kita tak perlu tidur dalam perut semua orang. Dan kita tidak usah memusuhi sesiapa. Kalau kita dibenci dan dimusuhi, belajarlah daripadanya untuk kita mengasihi dan mencintai."
Sdr RZ dan isteri,
ReplyDeletesaya suka catatan ini "...Kalau kita dibenci dan dimusuhi, belajarlah daripadanya untuk kita mengasihi dan mencintai."
betul betul betul.
inilah didikan Rasulullah juga.
Dr. M,
ReplyDeleteterima kasih.