BEBERAPA PERTANYAAN UNTUK PENULIS
Ekoran daripada isu novel “Interlok”, seorang teman lama saya telah menemui fb saya dan menimbulkan beberapa pertanyaan yang barangkali menarik juga untuk direnung. Tentang “Interlok” saya tidak akan menulis apa-apa kerana PENA telah mempunyai pendirian yang jelas awal-awal lagi. Kami serahkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung kami untuk meneruskan perjuangan.
Pertanyaan-pertanyaan yang saya terima tersebut:
1. Berapa buku yang telah engkau tulis sejak kita meninggalkan alam persekolahan menengah lebih 26 tahun yang lalu?
2. Aku dengar engkau menghentam dinasour dan tirax sewaktu membentangkan kertas kerja di Pertemuan Penyair Nusantara IV di Brunei, apa yang kau tak puas hati sebenarnya?
3. Aku tengok TV3 beberapa bulan lepas, buku engkau dan Sutung Umar RS “Makyung Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di Frankfurt oleh ITNM, berapa royalti yang kau dapat? Lepas tu dilancarkan lagi kat Kino KLCC, macam tak ada buku orang lain ke yang nak dilancarkan? Apa penting sangat buku tu dan dibuat heboh-heboh pula?
4. Kat blog kau, aku ada nampak foto kau di Korea kononnya mewakili negara untuk bentang paper dan baca puisi. Kiranya kau bertaraf wakil negara, tapi ada ke negeri tempat kau lahir tu bagi apa-apa – tanah, rumah, dan saguhati RM65,000 kerana semua itu berbanding dengan pemain bola sepak dari kampung kau yang menang liga kampung dan semua orang bercuti umum satu hari?
5. Aku nak mintalah sebuah buku kau yang terbit kat Moscow dalam bahasa Rusia dan MELAYU tu, boleh?
Malas nak jawablah. Yang no. 3 - Tuan Haji Mohd. Khair Ngadiron, CEO ITNM boleh tolong jawab kot? No 4 - buat malu saja, sebab saya bukan selebriti. No. 5, aku bagi kau yang fotostat.
Friday, January 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
berani depa nak main dengan abang ngah kita. nak adik tolong belasah jawab dak be hehehe
Isy, isy! Okey abe, tabik abe!
Salam syeikh,
Ana rasa Salina Ibrahim boleh tolong jawab. Ai pelik ni?
Adik Wan, jgn cuba nak tolong-tolong jawab sb takut jawapan tu tak ada dalam skema PTK.
Ana, klu nak jwb pun jawabnya tentu seperti main bakar-bakar juga. Tapi kalau Syeikh Zakir jawab terus hangus rentung...hehehehe
kalau yang bertanya tu bijak, dia amat paham jawapan tuan Rahimidin, kalau dia jenis tak berapa cerdik, dia tanya lagi soalan lebih kurang sama.. dan kita yang rasa cerdik jangan jadi bodoh layan orang macam ni.. hehe
Benua,
biarlah. kata orang kita kena berlapang dada dalam semua keadaan. Semoga Allah swt meredai apa yang kita buat.
Salina,
saya ada pantun, tapi tak jumpa pula.
Haji Sham,
tak faham ambo...
Ustaz Pak Lah,
bila nak tukar ngajar KL?
hebat kawan kau tu!
Post a Comment