Monday, November 1, 2010

KUL-KBR-KUL

Perjalanan hujan. Kereta berderet. Kalahlah sudah musim perayaan. Kamera tertinggal. Tak ada foto yang dirakam. Gua Musang, Galas jam 12.00 tengah malam. Polis sama ramai dengan pengundi. Warung berbaju 1Malaysia. Puteri? Nasi air, satu jam baru siap. Isyak RR. Kereta dan bas berselerak. Berniaga baju dan bendera merah jam 2 pagi? Bilik air lecah macam sawah padi.

Jam 5.50 pagi. Rumah tua perabung lima. Kubuka kesemua 6 bilik, satu demi satu. Tilam bergulung bersandar ke dinding. Pintu hadapan yang tertutup. Lampu yang menyala. Amin Huzaini, Syukri Suhaimi dan Ikhwan Hanafi. Anak saudara dan 2 sepupuku penjaga rumah tua kami. Subuh. Kenduri? Hujan terus hujan. Nasi berlauk? Kuburan ayahanda. Genap setahun Hijrah 24 Zulkaedah. Fatihah.

Kota Bharu sepi hujan. Pertama kali parking berlambak tanpa kereta. Kereta semua ke mana? Bukit Jalil. Jafar Rawas dan 5 kitab. Di Kedai lama tiba-tiba terjumpa "Risalah Penting Pada Masalah Jilatan Anjing Empat Mazhab" Haji Abbas Taha (1937) ada empat naskhah. Kubeli tiga, tinggallah satu.

KB-Jeli. Perjalanan panjang. Jedok, Jeli. 80km. Nasi ikan sungai. Wayang bertabuh di bangsal. Abang Mat Tok Teri dan Kak Nah isterinya. Kukenal Pak Cu -Eyo Hock Seng dan kawan-kawannya yang disebut "sahabat". "Orang makan ikan, kita dapat tulang," kata Pak Cu. Wayang bertabuh. Orang kampung keluar di antara pohon-pohon hujan dan malam hitam. Dalang Muda, Abang Daud membuka episod. Abang Mat sambungkan ceita "Jelmaan Bota Mahwajawana". Negeri Serama diserang kerana Raden Lakjuna membawa lari tunangab orang. Tuan Puteri Cempaka Anjaib namanya. Cerita dihentikan. Sambung malam esok. Teh susu pun dihidangkan isteri abang Mat.

Malam hujan. Jeli -KB. 2.30 pagi. Esok.....

2 comments:

benuasuluk said...

hok beli tiga uti tu nak wak gedia abe ngoh? Adik su nok mitok sutir buleh abe ngoh?

Rahimidin Z said...

Leh faham ko, kitab tua. takdok tanda, huruf tak cukup.