MENJADI PENYAIR
Sesiapa pun berhak untuk menjadi penyair. Tulis sebaris dua sajak dan umumkan kepada khalayak ‘akulah penyair’. Maka penyairlah dia. Sebab untuk mendapat gelar penyair itu anda tidak memerlukan degree atau pengiktirafan tertentu seperti menjadi doktor, arkitek dan penguam. Apalagi kalau anda itu menteri yang masih mempunyai tampuk kuasa, anda boleh memanipulasi apa sahaja tentang puisi, apakah anda suka atau anda benci.
Datuk Syed Hamid Albar umpamanya pernah menjadi penyair apabila buku puisinya diterbitkan penerbit daun lontar, cuma sehingga kini belum ada sarjana copy dan paste menobatkannya secara bersungguh-sungguh sebagai penyair.
Menjadi penyair itu mudah. Dan sesiapa pun boleh menjadi penyair.!
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hok ni kawe malu nok mengaku jadi penyair ni. Buku puisi pun takdok lagi. guano?
Ngah,
sekolah tanpa ijazah, :-)
kawe sero malu jugok, sekat mari saboh nih nulis jah hantar dop lasung.. (sero nok wat novel getek eh hehe)
Lan, dah penyair dah tu. Tak dok buku tak apa. Lagi kesian yang ada buku, tapi tak dianggap sebagai penyair!
Sekarang BH buat puisi Riong..yang dipanggil penyair baca hanya 2..3 orang saja..yang lain2 tu....
Tuk Wan, lebih baik tak da ijazah, kalau ada pun fikiran macam budak2 tadika.
Ustaz Mora,
tak sah dok malu ngapo. Tulis dan tulis je.
Sdr Rahimidin,
Jika kita amati terdapat pelbagai 'penyakit' yang agak pelik dalam dunia bahasa kita, termasuk dunia puisi dan kepenyairan ini:
Ada yang mencipta puisi apabila sampai ke puncak kuasa. Maka puisi itu pun didendangkan orang ke merata arena. Ada artis yang menjadi deklamator untuk acara-acara pembakar semangat juang. Ada yang merasakan bahawa bahasa puitis itu amat berguna tatkala menulis surat cinta. Oleh sebab itu, ada yang berpendapat bahawa sasterawan itu layak dihumban ke laut kerana tak membawa faedah kepada ekonomi.
Ini lain pula penyakitnya: Rakyat kita rata-rata tersangatlah peka apabila bahasa Inggerisnya kita tidak begitu gramatis.
Tapi tatkala, 'mereka-mereka', 'ianya' atau 'perabut' misalnya berselerak di dalam teks, tak ada pula yang begitu pedulikan, kecuali mungkin arwah Pak Asraf.
Begitulah kasihnya kita kepada bahasa yang 'menunjukkan bangsa' itu.
Wallahuaklam.
Kassim Muhamad.
Post a Comment