Wednesday, September 8, 2010

HUJAN KENANGAN

kenangan
tak pernah terpadam,
ia selalu hadir mengalir
dengan sayup yang jauh
dan debur yang dekat.

buku catatan kenanganku
memang tidak tercatatkan
tetapi setiap kata,
dan patah suara
sentiasa terakam.

saat puitisnya
mengikut jejak dan tapak
di belakangmu dalam renyai hujan

tiada serasa ada
dan ada serasa tiada -
hanya mataku
yang membasah.

RZ-8.9.10

2 comments:

Rositah Ibrahim said...

Kenangan selalu hadir..

Salam lebaran.
Terima kasih kerana membantu anak saya dan rakan-rakannya dalam pengkajian mereka.

Rahimidin Z said...

Salam lebaran juga daripada kami.Nanti saya maklumkan apabila ada Wayang Kulit di Pena selepas raya ni.