Monday, September 27, 2010

APABILA SESUATU YANG BURUK DINILAI SEBAGAI BAIK

Apakah yang akan terjadi apabila sesuatu yang buruk dinilai sebagai baik. Baik amat!Tetapi kata orang, baik dan buruk itu adalah subjektif, mengikuti kaca mata sesiapa yang melihatnya. Datuk Hassan Ahmad semalam menulis "Apa itu 'kuasa Melayu'" di MM. Tulisan itu wajib dibaca oleh rakyat Malaysia yang berasakan dirinya Melayu. Kalau tak rasa Melayu tak payah baca. Nanti membuang masa anda.
Kepercayaan saya kepada akhbar Melayu telah lama hilang. Tak mengapalah kerana prinsip surat khabar memang begitu, berita yang buruk itu adalah yang terbaik, dan berita baik itu adalah yang buruk dan tak wajar disiarkan. Itulah menjadikan surat khabar di Malaysia, macam tak patut dibaca. Kita macam tak tahu nak baca apa. Sastera dan Budaya sudah tidak tidak lagi berbudaya dengan tulisan wartawan budak-budak sekolah yang melaporkan sesuka hatinya. Entah berita apa-apa yang ditulis dan diterbitkan pula. Teater setaraf sampah diberikan liputan seolah-olah tak ada cacat celanya. Karya kreatif? Malas nak tulis. Ada suara generasi tertentu mewakili kelompok tertentu yang kononnnya penulis, tetapi hakikatnya pemusnah masa depan sastera Malaysia. Ini barah yang paling ajaib sedang meresap. Yang tidak penting itu penting dan yang penting itu tidak penting. Perbanyaklah lagi cerita-cerita rogol, keruntuhan akhlak, buang bayi dan yang buruk-buruk dan sadis kerana orang Malaysia ini gamaknya suka sangat untuk melahap berita-berita sedemikian.
Itulah nampaknya yang sedang terjadi dan terus terjadi.
Hanya orang-orang yang tidak berfikir dan merenung kembali dirinya yang akan bersikap dengan sikap yang sedemikian. Fungsi akal dan otak yang diberikan oleh Allah swt telah gagal digunakannya sebaik mungkin.
Dan kesianlah kita kepada makhluk yang jenis ini.

6 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Hanya tinggal Nazmi aja yang bertahan. Luqman dah lama angkat kaki.
Simpati yang tak terubatkan.

NASSURY IBRAHIM said...

angkat kaki tak apa. jangan tinggal pen

Rahimidin Z said...

Haji Sham, Nazmi: 2x5=10.

Rahimidin Z said...

Tuan Nassury, kaki angkat, pen tetap di tangan.

edolah said...

bagaimana pula dgn rakan-rakan berpengaruh kita yg menguasai tampuk media? adakah mereka sama..atau sekadar menjadi replika?!

abuyon said...

Kiamat sudah dekat!