Thursday, August 12, 2010

Suka dan Tak Suka

Kalau ada pertanyaan yang dia tak suka, dia tidak menjawabnya. Walaupun diulang-ulang tanya. Dibiarkannya pertanyaan itu hilang begitu sahaja. "Kenapa tak jawab?" soal saya. "Dah acap kali aku sebut, tak semua pertanyaan memerlukan jawapan." "O... begitu.". "Iya, aku jawab yang aku suka, dan yang aku tak suka, tolong jangan tanya. Tak payah nak minta pandangan aku, buah fikiran, atau ke bendanya lagi."
"Eloklah kau pi duduk kat dalam Gua Musang atau Gua Niah! Diam-diam kat sana. Kau boleh bercakap-cakap dengan kelawar."

4 comments:

Syamputra Razali said...

salam saudara..
2 kali kita bersua di kelantan delight.. masih saya tak sempat untuk bertanya..
bertanya tentang jiwa sastera..
moga kita dapat bersua lagi akan datang yer..

Rahimidin Z said...

Salam
Syam,
insyaAllah kita masih ada ruang dan masa selepas ini.

Mohd Nasir said...

Salam sahabat, moga maju terus.

Rahimidin Z said...

Sdr. Mohd Nasir,
selamat berpuasa dan didoakan sdr. terus maju jua.