Tuesday, July 13, 2010

Idealisme

Kata orang sasterawan itu idealisme orangnya. Kata orang penyair itu romantis orangnya. Kata orang! Saya pernah mengkagumi sasterawan dan penyair yang penuh dengan idealisme dan romantis ini. Tetapi kini tidak lagi. Ada banyak hal yang tidak perlu saya percaya. Saya mulai curigai dengan semua petanda, tamsilan dan ibarat. Mungkin itu ada kaitannya dengan hormon peningkatan usia. Mungkin.
Saya tidak faham dengan si idealis yang romantis ini. Saya mulai kenal karyanya sejak 26 tahun yang lalu dan sejak itu dia seperti berada pada puncak yang tinggi. Tetapi hari ini telah terbalik, dia tiba-tiba berada di lembah yang paling bawah. Banyak retoriknya, dan hujahan yang tidak intelektual. Saya bosan sebenarnya. Saya nak cadangkan Lutfi Ishak berikan kuliah untuk orang orang yang macam ini. Yang makan garam dulu ini pun kadang-kadangnya lebih teruk daripada anak-anak saya yang masih bersekolah rendah.
Satu petang saya terima panggilan daripada kawan (tidak baik saya) minta saya datang meraikan kawan-kawan yang menerima Hadiah Sastera yang kebetulan dijalankan di tempat saya bertugas. "Perlukah aku datang?". "Perlu, ini penting. Ini kemajuan sastera negara!"
"Kemajuan sastera tahi musang kau! Sastera Malaysia sedang maju ke depan atau sedang surut ke belakang?" tanya saya. Dia memutuskan telefon. Baguslah, kalau sebelum ini, saya yang selalu memutuskan telefon.

14 comments:

Mawar said...

Sdr RZ
sadisnya!

NASSURY IBRAHIM said...

Makan bvanyak garam menyebabkan otak kecut dan darah tinggi

I am... said...

hmm..garang juga ya!

zusha said...

pendirian tegas dan luhur......ada hikmahnya tu.....

lutfi said...

Makan darah tinggi menyebabkan hipertensi. hehe.

Lutfi Ishak lain tu, lutfi ishak budak ulu bakai tu tak boleh nak bg syarahan, tak sampai makan syeikh lagi, kehkeh. Syeikh zakir boleh

ainunL muaiyanah said...

la, patutlah dok cari-cari abang rahimidin tak ada.

:)

Pegawai Khalwat said...

Tahi musang! He he he...

boleh diguna pakai. Selalu orang pakai istilah tahi kucing saja.

Mungkin di sini kucing lebih banyak dari musang.

Rahimidin Z said...

Dr. M,
sadis ke? itulah realiti yang saya depani.

Rahimidin Z said...

Nassury,
paling susah mencari garam bukit.

Rahimidin Z said...

I am,
tak garang, tetapi geram sebenarnya.

Rahimidin Z said...

Zusha,
setiap kejadian, dan setiap butiran nafas, dan denyut nadi - semuanya berhikmah yang tersembunyi.

Rahimidin Z said...

Lutfi,
selagi belum terbit buku selagi itulah dia tak berani. hi. hi.

Rahimidin Z said...

Ainunl,
saya dah lama untuk memilih tidak hadir di mana-mana majlis puisi yang ada artis. nak tengok asrtis ke nak tengok penyair baca puisi?

Rahimidin Z said...

Pegawai Khalwat,
gunakan yang jarang orang guna....