Friday, June 4, 2010

Mari Menulis Novel

Penyair Sutung Umar RS menerbitkan novel pertamanya "Api Cinta" (Pustaka Nusa: 2010) ketika berusia 62 tahun. Dan novel keduanya yang berjudul "Seluang Lepas Melaut" masih dalam garapan dan telah mencecah 700 halaman. Dinsman telah menulis tentang novel pertama Sutung di Harakah, dan Nazmi Yaakub juga telah menulisnya di Berita Harian.
Saya beberapa kali ditemui penerbit yang menawarkan kami untuk menulis novel. Saya tanya novel yang bagaimana? Novel cinta yang berbahasa Melayu tinggi? Novel yang pegang-pegang tangan? Layoutnya buruk dan form tak boleh dibaca? Novel ala-ala Indonesia, macam kawan saya yang pernah hadir ke Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur 2002 tu? Atau salin kembali cerita-cerita sejarah para sahabat, dan kreatifkan?
Terus terang saya katakan, saya tak pandai. Ceritalah kalau nak cerita ada penulis yang dapat 500 ribu, beli kondo atas bukit, buat banglo yang ada tasik... beli pulau dan kapal selam, tetapi saya tak pernah terpesona dengan segala macam cerita seperti itu. Saya tulis apa yang ingin saya tulis, tidak disuruh dan mengikut kehendak penerbit. Tak ada penerbit, saya boleh terbitkan sendiri. (Ini mungkin kenyataan sombong, kalau Ridzuan Harun baca dan tafsirkan.)
Kawan kami Luqman Hakim Quek memang dah lama menulis novel. Dah kaya pun dengan hasil royalti novelnya, walaupun tidak diterbitkan oleh organisasi yang berlogokan daun lontar. SM Zakir sedang menulis novel. Zaen Kasturi sedang menulis novel. Ridzuan Harun juga sedang menulis novel. Haji Tangkak kena siapkan tesis dulu, lepas tu barulah tulis novel "Perjalanan Ke Sumedang". Dan saya sedang menulis novel...tu la iya.

11 comments:

benuasuluk said...

1. kenyataan sombong RH tu sarkastik tuan mufti; kalau orang baca sekali lalu mesti orang kata bodo budak kebun 500 ni.
2. Sapa pula pandai-pandai bocor rahsia saya tengah tulis novel ni? Takkan orang rumah saya kot? hai kecik sungguh dunia. Tak tahu nak buat apa lepas siap kumpulan cerpen tulis novel la. Lagi pun bosan menyelia budak tulis novel penyelianya pun buat novel la. Tak gitu?

lutfi said...

pergh, semua dah jadi novelis! Tuan Saleeh Rahamad kita tak tulis novel?

Luqman Hakim QA said...

aku tau kau nak terbit kat mana benuasuluk. hehehe, jgn tak ngaku. tp lut tak blh tulis novel. dia boleh marah-marah pasal dunia pemikiran, falsafah dan idea jer.
aku tulis sebab nak duit jer..ahaksss, tp sheikh baik jadi pelukis!

S.M. Zakir said...

sheikh rahimidin nak cakap apa, koleksi lukisan dia ada dekat 200 buah, bayangkan purata lukisan tu harga RM10 ribu... pergh 2 juta tak lari bang. simpanla koorang punya royalti tulis novel tu, tak ada dipandang sheikh sufi ni. lukisan dia berjuta harga.

gua sekarang sedang cari lukisan nak buat koleksi. baru ada satu.. beli kat Bali, lukisan bunga tupun patut beli sepasang tapi beli seketul saja, nak gantung pun malu tak da sepasang. nampak sangat jahil lukisan keh keh. barang antik pun ada, panah beli kat pantai Bali.. simpan kat luar rumah bini tak bagi bawa masuk ada ukiran kepala orang ha ha dahla beli pun kena tipu

saleeh rahamad said...

nampaknya saya dah boleh mula tulis novellah. tapi kena nama samaran kerana nama sendiri tak glamer. nak jadi kolektor pun ada hajat juga. Dah beli lukisan di Phnom penh, tapi masihbergulung di bawah rak buku. rasanya tak berbaloi pun nak diframekan. entah apa-apa lukisan tu. tak jadi jugalah nampaknya nak kaya macam pak syeikh sufi. lusa nak cari leluhur di bukit tinggi moga-moga jumpa

Rahimidin Z said...

Suluk, terbit je novel tu.

Rahimidin Z said...

Lut,
selagi tak da buku...ada orang kata bukan penulis!

Rahimidin Z said...

Luqman,
hang dah pakat dengan Suluk?

Rahimidin Z said...

Syeikh Zakir,
Ini cerita2 Hj Sham al-Johori ni.

Rahimidin Z said...

Syeikh Saleeh,
di samping mencari leluhur, novel kena tulis juga. Malu kat Timbalan SN Aswara.

Sham al-Johori said...

Tuan2,
Semalam seorang teman saya berkata, "seronok baca blog kawan-kawan tuan haji. Ada sinikal dan simbolisme. Saya suka baca ruangan komen daripada entrinya. Ruangan komen lebih menyentuh perasaan."

Saya tidak terkata apa-apa kerana begitulah kehidupan kami. Saling mengata dan menyindir dalam mesra yang amat sangat. Bahagia dengan cara begini dan bila tak mengutuk tak puas.

ii.
Saya tak pandai menulis novel. Dulu waktu belajar 'penulisan cereka' dengan En. Saleeh asyik kena marah dgn dia aja. Dia kata,"dah! tulis puisi aja. pendek dan tak banyak buat salah."

Saya makan hati hingga hari ini....kahkahkah. Hehehehehe

iii
Sapa nak lukisan yang berharga puluhan ribu, minta aja dgn syeikh Rahimidin sebab dia nak buang kehidupan duniawi.

Heheheheheh