Keras Menunggu - Saifullizan Yahaya
Dua tahniah untuk teman kami, Saifulilizan Yahaya. Pertamanya kerana mendapat cahaya mata dan keduanya untuk "Keras Menunggu". Pertentangan Jebat-Tuah dalam bentuk drama telah banyak ditulis. Ali Aziz, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar dan malam tadi Saiful. Dari awal sampai akhir, tidak ada pertikaman, hanya yang ada pertikaman lidah. Saiful sebagai penulis skrip dan pengarah, telah memberikan tafsirannya yang baru mengikut perkembangan siasah hari ini. Hang Tuah pun dah boroi kerana terlebih rehat, tidur dan makan di Hulu Melaka. Dan Jebat membaca surat khabar Tamil. Ini sudah tentu sebuah tafsiran yang lain. Dan dalam teater kelainan itulah yang dicari dan untuk difikirkan. Tak payah susah-susah tulis skrip dan buat teater kalau tidak ada hantaran pemikiran di dalamnya. Dan skrip Saiful telah menimbulkan persoalan yang menarik. Saiful tidak menafsir kemerdekaan seperti menyamakannya dengan karipap dan kopi o. Kalau merdeka sama dengan karipap dan kopi o, tak payah buat teater.
Saya suka dengan lakonan Bad dan Aris. Bukan kerana saya kenal keduanya, tetapi kerana lakonan mereka. Lakonan Bad sebagai Tuah dan Aris sebagai Jebat bersahaja, santai dan relak. Tak perlu bertempik-tempik dan meraung-raung. Khalayak ingin mendengar, menghayati dan memahami apa yang diucap dan dilontarkan oleh pelakon. Dan kedua-keduanya telah berlakon dengan baik. Dan hal itulah yang tidak ada pada produksi yang lain.
Kawan-kawan penulis hadir kerana ingin melihat karya pertama Saiful. Persoalannya kuasa dan rakyat. Siapkah yang menaik dan juga yang boleh menjatuhkan "kuasa" itu kecuali rakyat. Dan ketika di puncak kuasa, berkuasalah secara sewarasnya. Saya seronok. Inilah teater. Dan inilah juga skrip teater! Kalaulah pihak penganjur menghadapkan 10-15 minit, kalau ada skrip dan pengarah yang mementaskan karya sehingga 30 minit, itu pengarah dan penulis yang tolol namanya.
Saya percaya kawan-kawan penulis yang hadir - Sutung Umar RS, Saleeh Rahamad, Shamsudin Othman, Ridzuan Harun, Luqman Hakim juga saya fikir seronok seperti saya. Hanya SM Zakir yang tak ada. Harapnya Zakir akan menonton "Keras Menunggu" Saiful malam ini. Selamat datang ke dunia teater, dan harapnya Saiful akan menjadi penerus kepada kesinambungan Badan Budaya DBP. DBP dah tak ada penulis dan pemikir, yang ada hanya pegawai dan pekerja.
Thursday, June 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Tuan,
Kita terus berkunjung ke blog tuan.
Untungnya pihak di KL dengan pelbagai pementasan teater skala kecil dan besar di JB beginilah adanya sesekali cuma pementasan.
Bilakah kita dapat berkhidmat di KL?
keras menunggu kat rumah sheikh... malam ni pergi
saya keras menunggu markabu dengan karipap kopi o kasut tu bila nak habis. Keras sungguh. Luqman lagilah, ada ke patut masa banduan2tu dok sebok lari dia nak cah keting bagi puak2 tu tergolek jatuh kehkehkeh
Tuan RAR,
bernafas di KL dalam habuk dan debu. Jalan sesak dan nafas semput. Tetapi selamat datang, marilah kita sama-sama berdoa moga-moga Tuan dapat dipindahkan di KL, dan tentunya banyak program yang boleh kita ikut sama terlibat.
Keras Menunggu kat rumah, ok Syeikh, jangan mati keras dulu.
Suluk,
Pak Cik tak hisap rokok, tak tahan dengan asap tebal sangat...keluar ambil nafas kat tepi. Patut kepak je kaki budak2 tu...Luqman memang biasa buat pun.
Post a Comment